Salutan Pertama yang Boleh Membunuh Bakteria dan Virus Dengan Cepat dan Tahan Lama

Kita telah berperang dengan Covid-19 dan juga penyakit yang lain sejak awal 2020 dalam keadaan dan cara hidup norma baharu. Antara salah satu cara untuk memutuskan rantaian jangkitan adalah dengan memastikan tangan dan permukaan sentiasa bersih dan kerap di sanitasi supaya virus dan bakteria tidak merebak dan berjangkit. Kini, terdapat cara pencegahan terbaru iaitu sejenis salutan tahan lama pertama, yang mampu membunuh bakteria dan virus dengan cepat.

Salutan lapisan ini dibangunkan oleh pasukan jurutera dan imunologi Universiti Michigan, ia terbukti membunuh SARS-CoV-2 iaitu virus yang menyebabkan COVID-19, E. coli, MRSA dan pelbagai patogen lain. Salutan ini membunuh 99.9% mikrob walaupun permukaan tersebut dibersih berkali-kali. Salutan ini amat sesuai untuk digunakan di ruang awam seperti lapangan terbang dan hospital, menurut Anish Tuteja, seorang profesor sains bahan dan kejuruteraan di Universiti Michigan dan pengarang bersama kertas kerja yang diterbitkan dalam Matter.

“Kami tidak pernah mempunyai cara yang baik untuk memastikan permukaan yang sentiasa disentuh seperti skrin sentuh lapangan terbang bersih,” katanya.
“Pencuci pembasmi kuman boleh membunuh kuman hanya dalam satu atau dua minit tetapi ia meresap dengan cepat dan meninggalkan permukaan terdedah kepada jangkitan semula. Kami mempunyai permukaan antibakteria yang tahan lama berasaskan logam seperti tembaga dan zink, tetapi ia mengambil masa berjam-jam untuk membunuh bakteria. Salutan ini menawarkan yang terbaik dari kedua-dua aspek.”

Woman disinfecting the door knob by spraying a blue sanitizer from a bottle, prevent covid19, corona virus.

Permukaan yang sering dipegang harus di sanitasi sentiasa

Salutan yang lut sinar dan boleh disapu atau disembur, mendapat keteguhan dan kuasa membunuh kuman dengan menggabungkan bahan-bahan yang terbukti berkesan. Ia menggunakan molekul antimikrob yang berasal daripada minyak pokok teh dan minyak kayu manis, kedua-duanya digunakan selama berabad-abad sebagai pembunuh kuman yang selamat dan berkesan yang berfungsi dalam masa kurang dari dua minit. Ketahanan salutan berasal daripada poliuretana, pengedap keras seperti varnis yang biasa digunakan pada permukaan seperti lantai dan perabot.

“Antimikrob yang kami uji diklasifikasikan sebagai ‘secara umumnya dianggap selamat’ oleh FDA, dan ada juga yang telah diluluskan sebagai bahan tambahan makanan, ” kata Tuteja. “Polyurethane adalah salutan yang selamat dan sangat biasa digunakan. Tetapi kami melakukan ujian ketoksikan hanya untuk memastikan, dan kami mendapati gabungan bahan-bahan kami lebih selamat daripada kebanyakan antimikrobial hari ini.”

Keputusan ujian ketahanan kajian menunjukkan bahawa salutan itu boleh membunuh kuman selama enam bulan atau lebih sebelum minyaknya mula menguap dan mengurangkan kuasa pembasmi kumannya. Tetapi walaupun begitu, Tuteja berkata ia boleh disegarkan semula dengan mengelapnya dengan minyak segar; minyak baru diserap semula oleh permukaan, memulakan kembali kitaran penggunaan.

Cabaran utama adalah untuk menggabungkan minyak dan poliuretana dengan cara yang membolehkan molekul minyak membunuh kuman sambil menghalangnya daripada menyejat dengan cepat.

Satu demi satu masalah penularan wabak kini dapat dikendali dengan lebih efisien, jika anda ingin menceburi bidang mikrobiologi untuk mengenali lebih tentang virus dan bakteria serta cara untuk mengawal mereka, daftar bersama MyCompass dan terokai keupayaan anda!