Penggunaan Tembaga untuk Melawan Pandemik

Copper door

Apabila kita keluar ke kawasan awam seperti kedai makan, bank atau gedung beli belah, semestinya kita harus mensanitasikan tangan bagi mengelakkan jangkitan bakteria dan virus seperti Covid-19, malah pihak pengurusan harus sanitasikan premis mereka sekurang-kurang nya sehari sekali untuk melawan pandemik ini

Namun terdapat beberapa jenis permukaan yang dapat mengurangkan penularan atau pembiakan virus akibat sifat bahan tersebut dan
mempunyai kekuatan untuk mengawal pelbagai jenis kulat, alga, dan mikrob berbahaya.

Tembaga (Cu) dikenali sebagai Copper dan aloinya, seperti gangsa dan tembaga-nikel, sememangnya bersifat antimikrobakteria. Ini kerana tembaga yang berlebihan menyebabkan penurunan integriti membran mikroba, yang menyebabkan kebocoran nutrien sel penting tertentu, seperti kalium dan glutamat. Ini membawa kepada pengeringan dan kematian sel berikutnya lalu menghentikan pembiakan bakteria dan virus di sesebuah permukaan .

Permukaan aloi tembaga membunuh 99.9% bakteria dalam waktu kurang dari dua jam, kata Harold T. Michels, PhD, PE, naib presiden kanan tgeknologi dan perkhidmatan teknikal untuk Copper Development Association Inc. di New York.

Pengunaan tembaga sebagai penyimpanan makanan dan minuman telah digunakan sejak zaman gangsa. Tahukah anda orang India kuno menyimpan air di dalam periuk tembaga untuk mencegah penyakit dan kerosakan makanan?

Disebabkan pembuatan plastik dan bahan besi lain yang lebih tahan lama, murah dan senang untuk dihasilkan, pengunaan tembaga tidak lagi digunakan secara berluasa. Untuk sesebuah premis menukarkan permukaan atau barangan yang sering di sentuh kepada tembaga, semestinya akan mengambil kos yang tinggi.

Dengan itu, solusi yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini dengan membalut permukaan atau barangan dengan filem tembaga kepada permukaan yang sudah sedia ada. Jika anda juga ingin berhijrah kepada permukaan yang lebih selamat dari jangkitan merbahyahya, gunakan lah barangan yang bersalut atau diperbuat dari tembaga tetapi jangan lupa untuk selalu membasuh tangan dengan sabun dengan kerap atau mensanitasikan tangan selalu!

Sumber: the-hospitalist.org, wikipedia.org,