Mendisiplinkan Diri Untuk Melawan COVID-19

Rakyat di ingatkan akan tanggungjawab bersama mereka dalam membantu memutuskan rantai jangkitan Covid-19 semasa fasa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ketika ini untuk memastikan negara ini bebas dari wabak.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan

PKPB efektif bermula 4 Mei hingga 9 Jun 2020. Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata fasa PKPB ketika ini memerlukan lebih banyak usaha dari seluruh rakyat Malaysia kerana disiplin diri sangat penting untuk memastikan kejayaan usaha yang dilakukan sejak beberapa minggu terakhir untuk memutuskan rantai jangkitan virus tidak sia-sia.

“Sehingga didapati vaksin yang berkesan untuk memerangi wabak ini, kita perlu meningkatkan disiplin diri untuk melawan Covid-19.

Rakyat Malaysia harus mematuhi prosedur operasi (SOP) atau peraturan yang ditetapkan. Jangan menjalankan aktiviti yang terdapat dalam senarai aktiviti dan sektor yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKPB.”

Penjarakan Sosial

Penjarakan sosial

Antara syarat PKPB yang rakyat harus patuhi

  1. Mengambil suhu badan dan mendaftar diri sebelum memasuki dimana-mana premis awam, jika dapat sebarang kes, ia lebih senang untuk di hubungi kelak.
  2. Memakai topeng muka dan sanitasi tangan sebelum memasuki premis awam.
  3. Elak keluar jika sakit walaupun selesema ringan.
  4. Mengekalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain dan di dalam pengangkutan awam. Jangan duduk di tempat yang tidak dibenarkan di dalam pengangkutan awam.
  5. Hanya dibenarkan keluar 2 orang dewasa sahaja jika amat diperlukan, elakkan keuar bersiar siar. Kanak kanak dan orang tua tidak seharusnya dibawa keluar ke kawasan orang ramai.
  6. Tidak boleh berkumpul lebih 10 orang luar dari premis tersendiri.
  7. Hanya sukan tanpa kontak badan antara orang lain di benarkan seperti badminton dan golf.
  8. Menziarahi untuk Hari Raya hanya dibenarkan pada Syawal 1, kurang dari 20 orang (mengikut saiz rumah) pada satu hari.
  9. Di larang merentas negeri tanpa urusan rasmi dan surat kebenaran dari polis.
Memakai topeng muka ke kerja

Memakai topeng muka ke kerja

Antara sebab kita harus patuhi adalah untuk meratakan lekukan kes Covid-19 supaya kita semua boleh menjalankan hidup tanpa was-was. Ia hanya memerlukan seorang sahaja yang lalai dan sengaja mengingkar arahan kerana berasa ‘dia tidak akan sakit’ untuk menjadi penyebar kluster terbaru. Sifat mengingkar arahan ini turut akan memberi impak untuk orang lain ‘mencuba’ lalu menjadi sebuah efek domino kepada rakyat. Mereka yang melanggar arahan PKPB juga akan didenda atau dipenjarakan.

Kita semua seharusnya berkerjasama dan menolong antara satu sama lain untuk mengurangkan kes penyebaran COVID-19. Janganlah kita bersikap degil dan mementingkan diri sendiri melanggar arahan kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kematian orang lain.

Berbaloikah untuk mengingkari arahan demi kepentingan diri sendiri? Adakah wajar untuk anda menjadi sebahagian masalah di kalangan masyarakat dengan mengingkari perintah? Tidak kah kita kasihani para doktor dan jururawat yang bertempur dengan wabak ini sehingga tidak dapat pulang ke rumah? Tidak kah anda mahu kembali hidup yang normal dan selamat? Dengan itu kita harus berdisplin dan mengikut arahan. Mari lah bersama melawan wabak COVID-19 untuk memulihkan kesejahteraan negara.