Bagaimana Cara Untuk Memahami Statistik Cov-19?

Illustration of graphs

Sejak 13 hari bulan Januari 2021, negara tersayang kita terpaksa melalui sebuah lagi PKP keseluruh negara atas sebab nombor kes jangkitan semakin berlipat ganda.

Namun ramai yang terkejut apabila kita sedang berada di dalam tempoh PKP, nombor kes aktif harian semakin naik hingga mencecah 4000 kes sehari. Macam mana nombor kes aktif masih boleh tinggi walaupun kita sudah berada di dalam fasa awal PKP? Negara kita baru sahaja melepasi garisan minggu pertama PKP, bermakna akan ada lebih banyak angka akan datang. Disebabkan ramai yang pulang ke kampung halaman ketika PKP ini, ia juga melahirkan sebuah lagi lonjakan kes aktif serta kluster baru.

Mengapa nombor kes tinggi sangat walaupun di dalam keadaan PKP?

Jika seseorang terjangkiti covid sebelum perlaksanaan PKP, ia memerlukan 4 hingga 6 hari untuk seseorang menyedari bahawa mereka sakit, jika mereka pergi ke doktor atau klinik untuk mengambil ujian Cov-19, ia akan memerlukan sekurang-kurangnya sehari atau 2 hari lagi untuk mendapatkan keputusan.

Nombor-nombor keputusan tersebut kemudian dikemas kini dan dihantar kepada KKM mungkin pada hari berikutnya atau hari itu sendiri. Kesimpulannya, nombor nombor kes aktif ini berdasarkan jangkitan yang telah dijangkiti lebiih kurang antara 5 hingga 8 hari sebelum bermulanya PKP.

Nombor-nombor kes aktif yang diumumkan secara harian di laman KKM bukannya menunjukkan kes aktif pada ‘hari ini’, ia menunjukkan jumlah kes yang di sahkan akan ditumpuk pada hari-hari kemudian. Pada akhir hari, nombor-nombor kes positif tetap akan berjumlah yang sama walaupun dilaporkan lewat dari hari disahkan.

Mengapa ada statistik kematian disebabkan Covid tidak di kira?

Terdapat 2 jenis kematian yang melibatkan COVID-19:

  1. Kematian yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19 akan diumumkan oleh KKM dan termasuk dalam statistik kematian COVID-19 Kebangsaan.
  2. Kematian dengan COVID-19 tidak akan diumumkan oleh KKM, tetapi ia masih termasuk di dalam pemantauan senarai kematian yang melibatkan COVID-19 di peringkat KKM.

Apabila terdapat kematian yang melibatkan COVID-19, setiap kematian perlu melalui process semakan dan perbincangan oleh pakar-pakar. Proses ini kadangkala mengambil masa untuk berbincang dan bersepakat. Setelah itu, laporan kematian akan dihantar ke Pusat (CPRC Kebangsaan). Setiap kes akan dilihat dengan teliti bagi memastikan kematian tersebut adalah berpunca daripada jangkitan COVID-19 atau sebaliknya. Laporan akan dikemukakan ke Pusat dan Pusat akan meneliti dan memuktamadkan laporan melalui pasukan kematian COVID-19. Tan Sri DG akan mengumumkan dan memasukkan di dalam statistik kematian COVID-19 Kebangsaan jika kematian tersebut berpunca daripada COVID-19 mengikut garis panduan WHO. 

Contoh situasi:

  • Kematian disebabkan kemalangan (patah riuk dan pendarahan)

Didapati COVID-19 positif yang berada di Stage 1 yang tidak mempunyai gejala/simptom setelah disaring. Oleh itu, kematian berpunca daripada kemalangan  bukan COVID-19.

  • Meninggal kerana masalah kesihatan lain setelah dimasukkan ke hospital sebab jangkitan COVID-19.

Pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19 dan dirawat di dalam hospital dalam jangka masa yang lama. Pesakit meninggal kerana jangkitan kuman atau masalah kesihatan lain setelah beberapa minggu/bulan di hospital. Kes ini bukan berpunca daripada jangkitan COVID-19 walaupun pada asalnya dimasukkan ke hospital disebabkan COVID-19. Oleh itu, untuk kes-kes seperti ini, pakar-pakar yang merawat dengan teliti untuk mengenal pasti punca kematian sebenar.

Walaubagaimanapun, kematian yang melibatkan COVID-19, jenazah tetap akan diuruskan seperti tatacara COVID-19 positif walaupun kematian disebabkan kematian jangkitan atau dengan COVID-19. Keluarga dan kontak rapat tetap akan disaring, swab dan kuarantin.

Macam mana kerajaan dapat meramalkan kes jangkitan?

Pihak KKM menjangkakan nombor tersebut menggunakan kiraan R-naught juga ditulis sebagai r0. R0 digunakan sebagai indikasi bagaimana agresif perebakkan sesebuah virus pada waktu tersebut.

Untuk mengurangkan penuaran wabak covid 19, r0 kira haruslah berada bawah dari R1. Buat masa kini, r0 kita berada lebih dari tahap r1.5.

Untuk memahami lebih bagaimana nombur r0 berfungsin untuk menjangkakan penularan cov-19, anda boleh membaca artikel kami di sini.

Marilah kita sama sama mengamalkan S.O.P sebagai norma baru dan mengurangrangkan kadar jangkitan. Bersama kita jaga sesama sendiri dan duduk diam diam di rumah.

Sumber: FB KKM