R-Naught: Mengenali Bagaimana Menjangkakan Wabak Berjangkit

R0 yang disebut sebagai R-naught adalah pengiraan matematik yang menunjukkan keupayaan penyakit berjangkit menular. Ia juga disebut sebagai nombor pembiakan. Contoh,  jika nilai R adalah 3, kemungkinan setiap seorang yang positif jangkitan sesebuah virus boleh menyebarkan penyakit ini kepada 3 orang yang lain. Pengulangan itu akan berterusan jika tidak ada yang divaksin terhadap penyakit ini atau sudah imun terhadapnya di masyarakat mereka.

Sekiranya R0 kurang dari 1, setiap jangkitan yang ada menyebabkan kurang dari satu jangkitan baru. Dalam kes ini, penyakit ini akan merosot dan akhirnya mati.
Sekiranya R0 sama dengan 1, setiap jangkitan yang ada menyebabkan satu jangkitan baru. Penyakit ini akan tetap hidup dan stabil, tetapi tidak akan ada wabak atau wabak.
Sekiranya R0 lebih dari 1, setiap jangkitan yang ada menyebabkan lebih daripada satu jangkitan baru. Penyakit ini akan menular di antara orang, dan mungkin ada wabak atau wabak.

 

Pada 26 Ogos, R0 bagi virus C0vid-19 di negara kita adalah 0.74, namun kini telah meningkat melibihi 1.0 selepas bulan September. R0 tertinggi untuk Covid-19 didunia adalah 5.7 pada awal penularan wabak di Wuhan dan di seluruh dunia ia berada pada R2.2 – R2.5 pada bulan April 2020. Malaysia dengan jayanya berjaya membawa turun nilai bawah R0 je 0.57 namun akibat kegagalan menjaga penjarakkan sosial dan kuarantin, kini Malaysia mula mencatat kes baru di 3 angka pada akhir bulan September 2020. Demam campak bernilai R15 tetapi disebabkan vaksin ia membina immuniti kawanan lalu menurunkan kadar kejangkitan, dimana Covid-19 pula masih tidak mempunyai vaksin untuk mengelakkan rantai jangkitan wabak ini.

Pengunaan R0 tidak menunjukkan kadar tetap kemerebakkan sebuah wabak , nombor tersebut digunakan sebagai indikasi bagaimana agresif perebakkan sesebuah virus pada waktu tersebut. Disebabkan itu kita haruslah sentiasa menjaga jarak sosial dan mematuhi arahan kementerian kesihatan untuk meleperkan lengkungkan penularan wabak Covid-19 ini.

Sumber: Covid-19.moh.gov.my