Kenali 4 Jenis Kecekapan Mengikut Pakar Psikologi

Menurut ahli psikologi, terdapat empat jenis kecekapan:

1) Kecekepan Kepintaran (IQ)
Kecekepan Kepintaran atau Intelligence Quotient (IQ): Ukuran keupayaan pemahaman anda, menyelesaikan masalah matematik; menghafal sesuatu dan mengingat kembali perkara-perkara mata pelajaran.

2) Kecekapan Emosi (EQ)
Kecekapan Emosi atau Emotional Quotient (EQ): Ukuran keupayaan anda untuk mengekalkan kesejahteraan dengan orang lain, mengikut masa, bertanggungjawab, jujur serta menghormati pandangan; bersikap rendah hati, hati bersih dan bertimbang rasa.

3) Kecekapan Sosial (SQ)
Kecekapan Sosial atau Social Quotient (SQ): Ukuran keupayaan anda untuk membina rangkaian kenalan dan mengekalkannya dalam jangka masa yang panjang.

4) Kecekapan Kesukaran (AQ):
Kecekapan Kesukaran atau Adversity Quotient: Ukuran keupayaan anda untuk melalui masa yang sukar dalam hidup dan menjalani hidup harian tanpa kehilangan kewarasan.


Orang yang mempunyai EQ dan SQ yang lebih tinggi, lebih cenderung untuk melangkah jauh dalam kehidupan berbanding mereka yang mempunyai IQ tinggi tetapi rendah dalam EQ dan SQ.

Kebanyakan sekolah mengambil kesempatan dalam meningkatkan tahap IQ manakala EQ dan SQ dianak tirikan.

Seorang lelaki yang mempunyai IQ tinggi berpotensi untuk diambil kerja oleh seorang lelaki yang mempunyai EQ dan SQ yang tinggi walaupun dia mempunyai IQ yang sederhana.

EQ anda mewakili watak anda, SQ anda mewakili karisma anda. Mengikut tabiat-tabiat ini, akan meningkatkan ketiga-tiga Q, terutamanya EQ dan SQ anda. EQ dan SQ menjadikan seseorang mengurus lebih baik daripada yang lain.

Kita harus mengajar kanak-kanak jangan fokus terhadap IQ sahaja tetapi juga untuk meningkatkan EQ dan SQ.

AQ menentukan siapa yang akan berputus asa dalam menghadapi masalah, siapa yang akan meninggalkan keluarga mereka atau siapa yang akan mempertimbangkan untuk membunuh diri.

Ibu-bapa harus mendedahkan anak-anak mereka kepada bidang kehidupan yang lain selain dari segi akademik. Mereka harus menggalakan kerja manual (jangan sekali-kali menggunakan kerja sebagai satu bentuk hukuman), sukan dan seni.

Bangunkan EQ, SQ dan AQ mereka. Mereka harus menjadi manusia pelbagai kebolehan yang boleh melakukan sesuatu secara tersendiri tanpa memerlukan panduan ibu-bapa mereka.


Sumber: Dr James King