Apa itu Raspberry Pi?

Pernahkah anda mendengar tentang Raspberry Pi? Adakah anda tahu apa itu Raspberry Pi? Bagi seseorang yang berada dalam bidang IT dan mempunyai pengetahuan mengenai teknologi, pasti tahu apakah itu Raspberry Pi.

Apakah Raspberry Pi?

Raspberry Pi adalah sebuah komputer bersaiz mini yang dilengkapi dengan processor, RAM, port hardware seperti HDMI untuk dihubungkan ke monitor komputer dan televisyen, port USB untuk menghubungkan papan kekunci (keyboard) dan tetikus (mouse) dan port mikro-SD untuk ruangan sistem dan fail. Raspberry Pi memudahkan pengguna dari pelbagai peringkat umur untuk mempelajari ilmu pengkomputeran dan mempelajari bahasa programming(programming language) seperti Scratch dan Python. 

Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dioptimasikan untuknya. Salah satu yang popular adalah Raspbian yang mana merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi. Raspberry Pi juga dapat menyokong sistem lain seperti Windows, Ubuntu Core dan sebagainya.

Antara fungsi Raspberry Pi adalah:

  • Sebagai Komputer Desktop Mini

Perkembangan dalam penggunaan Raspberry Pi semakin canggih. Raspberry yang dilengkapi dengan RAM dan CPU, beberapa port USB yang mempunyai fungsi seperti komputer desktop tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Dengan menggunakan Raspberry Pi juga, kita dapat melayari internet, menonton video, memproses data dan bermain komputer game.

  • Sebagai File Server

Raspberry Pi berfungsi juga sebagai file server dengan tetapan yang tepat. Berdasarkan Samba (File server), kita dapat menggunakan External Harddisk yang boleh dihubungkan ke Raspberry Pi melalui port USB sebagai media media penyimpan data. Kita juga boleh menggunakan sebagai file sharing kepada orang lain.

  • Sebagai Acces Point

Dengan memasang sebuah adapter Wi-Fi yang sesuai dengan Raspbian, kita dapat mengubah Raspberry Pi menjadi sebuah access point dengan menambahkan aplikasi seperti Hostapd dan DHCP server. Hostapd adalah aplikasi server untuk mengurus adapter Wi-Fi yang berfungsi sebagai access point disamping melakukan proses validation terhadap permintaan sambungan(connection) klien yang akan terhubung dengannya. Manakala, DHCP Server berfungsi untuk menyediakan IP address yang digunakan oleh klien selepas proses validation. Access point Raspberry Pi akan valid sebagai pusat access point buatan sekiranya dikonfigurasikan dengan betul.

  • Web Server yang menarik.

Boleh melancarkan web server melalui Raspberry Pi board. Contoh web server yang boleh mempelajari pelbagai bahasa programming seperti CSS, PHP, HTML dan sebagainya. Selain itu, kita dapat melancarkan website sendiri atau blog kerana ia dapat mengendali WordPress

  • Sebagai Sistem Penggera dan Keselamatan Rumah

Raspberry Pi dapat menempatkan(host) sistem penggera dan keselamatan rumah yang sederhana namun mengagumkan. Dengan bantuan sensor dan kamera, kita dapat memantau dan mengawal rumah semasa dalam perjalan atau bekerja.

Terdapat pelbagai fungsi Raspberry Pi yang kita boleh gunakan dengan fungsi penggunaannya yang semakin canggih. Selain itu, kita dapat belajar sesuatu yang baru mengenai teknologi ini. Ia bukan hanya berfungsi sebagai komputer mini, malahan dia juga boleh digunakan bersama dengan peranti yang lain dan mudah didapati di kedai-kedai online dengan tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Sumber: rninewsupdate, amanz.my, raspberrypi.org