Pemindahan Paru-paru Hidup Pertama di Dunia Kepada Pesakit COVID di Jepun

Hospital Universiti Kyoto mengatakan pada hari Khamis bahawa sebuah usaha transplantasi paru-paru penderma hidup pertama di dunia kepada seorang pesakit dengan kerosakan paru-paru dari novel coronavirus.

Seorang wanita dari wilayah Kansai dijangkiti virus COVID akhir tahun lalu, selepas keadaan pernafasannya memburuk semasa dia menjalani rawatan di hospital lain di Kansai. Beliau dirawat menggunakan mesin ECMO yang menggantikan fungsi jantung dan paru-paru dan akhirnya diuji negatif untuk virus. Wanita tersebut kehilangan sebahagian besar fungsi paru-parunya disebakan fibrosis apabila dijangkiti wabak COVID dan tidak ada prospek pemulihan.

Sumber: Nikkei.com

Setelah dipindahkan ke Hospital Universiti Kyoto pada hari Isnin, operasi tersebut dijalankan setelah tawaran derma paru-paru dari keluarganya, kedua paru-paru wanita itu dikeluarkan dan sebahagian paru-paru kanan anaknya dan sebahagian paru-paru kiri suaminya ditransplantasikan. Pembedahan itu berlangsung selama 10 jam 57 minit.

Wanita tersebut kini berada di unit rawatan rapi bersama suami dan anak lelakinya yang memberikan bahagian paru-paru mereka berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan yang dilakukan pada hari Rabu, Doktor mengatakan jika pesakit terus pulih, kemungkinan dia akan pulih sepenuhnya dalam tiga bulan. Pihak hospital juga mengatakan bahawa suami dan anaknya juga berada di dalam kedaan yang stabil.

Sumber: nhk.or.jp, Nikkei.com