Melawan 95% Nanoplastik Dalam Lautan Menggunakan Epal

Ekosistem kita mengumpul mikroplastik, dan penguraian mikroplastik akan menghasilkan nanoplastik. Nanoplastik adalah zarah plastik yang lebih kecil daripada 100 nm yang tersebar di dalam air dalam keadaan koloid.

Walaupun nanoplastik mungkin lebih biasa dijumpai daripada mikroplastik, saiznya yang kecil menyebabkan mereka sukar untuk disiasat dan dinilai secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, nanoplastik telah ditemui dalam beberapa organ termasuk otak ikan zebra, yang mungkin menandakan bahawa mereka boleh melepasi halangan otak. 90% mikroplastik di kawasan bandar ditapis semasa proses rawatan kumbahan. Mikroplastik biasanya terikat dengan biopolimer di lautan dan tenggelam ke dasar.

Berdasarkan anggaran konservatif, lebih 300 juta zarah mikroplastik (kebanyakannya < 1 mm) dilepaskan setiap tahun ke lautan melalui akuakultur marin sahaja.

Pektin ialah karbohidrat yang disimpan dalam dinding sel pelbagai tumbuhan, ia diperolehi daripada pulpa dan kulit buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam dunia masakan dan pembuatan makanan, pektin adalah bahan penting semulajadi dan dihasilkan secara komersial dalam pengawet, seperti jeli dan jem. Tanpa pektin, jeli dan jem tidak akan menjadi gel. Penggunan pektin untuk memekatkan makanan dan mengawet telah digunakan selama beratus tahun.

 

Gambar suspensi nano-polistirena (500 mg L−1, pH 7) (kiri) dan suspensi nano-polistirena selepas menambah pektin (15 mg L−1) dan Fe(III) (0.10 mM) selepas penyimpanan selama 72 h (kanan). Imej kanan: Imej TEM bagi mendakan. Kredit: Hak Cipta © 2022 Elsevier Ltd. Hak Cipta Terpelihara.

Penggunaan pektin diilhamkan oleh penanaman buah epal yang besar di wilayah Nagano di mana Universiti Shinshu berpusat. Sebuah pasukan penyelidik di Universiti Shinshu di bawah arahan Profesor Hiroshi Moriwaki dari Jabatan Biologi Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi Tekstil, mencadangkan menggunakan pektin dari epal, biopolimer untuk melekat pada nanoplastik dengan bantuan besi atau aluminium. Mereka mendapati bahawa dengan menggunakan penggumpalan sedimentasi dengan pektin dan besi dengan kertas penapis, mereka dapat mengeluarkan 95% daripada nanoplastik dalam tempoh 24 jam pertama. Pektin sesuai untuk digunakan secara luas kerana ia senang untuk dijumpai serta tidak meninggalkan kesan toksik kepada kebanyakan kehidupan di muka bumi.

Semua serpihan plastik boleh dikesan kembali kepada aktiviti manusia, sama ada di darat atau di laut. Akibat dari aktiviti manusia tidak peka akan kehidupan sekeliling, akhirnya kita juga akan memakan kembali apa yang kita telah lepaskan di lautan. Kita boleh mengurangkan pencemaran nanoplastik di dalam lautan dengan mengurangkan pengunaan plastik secara kesuluruhan.

Jika anda berminat untuk mencari solusi untuk mendatangani masalah nanoplastik dan mikroplastik dengan mencipta kaedah baru sebagai seorang penyelidik biologi pengunaan atau menyedarkan orang ramai tentang keburukkan penggunaan plastik sebagai ahli sains marin, daftar bersama MyCompass dan terokai keupayaan anda!

Sumber: SciTechDaily