Blockchain: Dilatar Belakang Dunia Teknologi Kewangan Crypto

Blockchain adalah data-data digital yang disimpan secara blok dan disambung dengan rangkaian rantai untuk kegunaan informasi data digital.

Blockchain juga digunakan untuk menunjuk serta menyimpan kesasihan sesebuah data yang tidak dikawal oleh mana mana pihak berkuasa yang mungkin boleh mengakibatkan penyelewengan. Antara objektif penciptaan Blockchain adalah cara menguruskan lekapan rekod secara terdesentralisasi. Ini bermaksud bahawa setiap orang mengambil bahagian dalam memelihara dan mengemas kini lejar, yang menjadikannya mustahil untuk dipalsukan. Teknologi ini digunakan oleh Bitcoin di mana tiada pihak berkuasa dapat mengawal nombor nombor palsu seperti mana wang fizikal diterbitkan di dalam media.

Sebagai contoh sinario di atas, sesebuah syarikat boleh memalsukan rekod dan menghasilkan kertas report yang digubah lalu di sahkan oleh pihak badan berkuasa yang di rasuah. Walaupun perkara ini jarang terjadi tidak bermaksud ia adalah mustahil. Ini kerana, rekod rekod data hanya boleh diakses oleh pihak atasan atau berkuasa tanpa pengetahuan orang ramai. Dipendekkan, desentralisasi mengurangkan risiko rasuah, penipuan dan manipulasi

Kelahiran Teknologi Blockchain

Dengan ini, Satoshi Nakamoto mencipta Bitcoin yang menggunakan teknologi Blockchain dilahirkan sebagai bentuk matawang pertama yang tidak memerlukan hanya pihak berkuasa untuk menyimpan atau sahkan data serta, sesiapa sahaja dapat melihat data tersebut secara terus dan terang.

Blockchain menggunakan data-data nya yang nyata biarpun informasi atau kewangan, tidak boleh digubah mengikut data yang disimpan seperti mana data tersebut dimasukkan. Disebabkan data-data ini boleh dilihat oleh orang ramai, penyewelengan data hampir mustahil untuk terjadi.

Bagaimana blockchain berfungsi?

Blockchain menggunakan 4 element untuk berfungsi iaitu Peer-to-peer network, kriptografi, algoritma konsensus dan sistem ganjaran. Namun, sistem blockchain ini hanya boleh terdesentralisasi apabila terdapat permintaan pemasaran.

Rangakaian antara pengguna, atau dikenali sebagai peer-to-peer

Peer-to-peer network adalah rangkaian komputer antara pengguna, juga dikenali sebagai nodes, terbuka kepada sesiapa yang mempunyai akses internet dari mana-mana sahaja. Anda juga boleh menjadi sebahagian penyumbang data kepada data-data ini.

Kriptografi (Cryptogrphy) pula adalah cara komunikasi yang bersekuriti tinggi dalam persekitaran yang berisiko. Disebabkan orang ramai boleh menyumbang informasi kedalam blok data, anda harus pastikan data yang anda menyumbang tidak dapat digubah oleh orang lain.

Algoritma konseues (Conseus Algorhythm) adalah syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh semua pihak dalam rangkaian blockchain membuat kesepakatan bersama (konsensus) mengenai keadaan data lejar yang dumasukkan. Sekumpulan penyumbang informasi mesti lah mempercayai rakan sekumpulan yang tidak diketahui atau kenal dalam persekitaran peredaran komputer. Bereberapa cara algoritma boleh digunakan tetapi ia adalah lebih senang jika sesebuah kumpulan untuk mengikut satu cara algoritma supaya semua berada di muka surat yang sama.

Ganjaran diberikan kepada mereka yang memasukkan data dan menghasilkan blok data yang baru. Ganjaran ini biasa diberikan dalam bentuk token atau ‘coin’, ia juga boleh menjadi Bitcoin. Dengan sistem ganjaran ini, ia membuat orang lain lebih cenderung untuk menyubang informasi untuk kegunaan orang ramai. Jika anda melanggar antara 3 element di atas, anda akan dikenakan hukuman dimana coin anda akan di bekukan atau diambil pulang. Ini membuatkan penyumbang informasi mengejar lebih terhadap memberi maklumat yang sah.

Permintaan pemasaran penting untuk desentralisasikan sebuah blockchain. Apabila terdapat orang ramai menggunakan sesebuah block data, barulah terdapat nilai di dalam sesebuah blockchain tersebut. Mengambil dari contoh dari kehidupan seharian, bayangkan anda dah 5 rakan telah membuat suatu produk, misalnya aplikasi di telefon pintar. Jika tiada orang memuat turun, maka tiada pengguna yang akan untuk menjana kewangan.

Dengan gabungan 5 elemen ini menjadikan penggunaan blockchain lebih selamat dan salah satu cara mengumpul data yang lebih sahih di masa akan datang.

Sumber: 99bitcoins