Tanggapan Pertama: Patutkah Anda Menilai Sesuatu Pada Rupanya?

Ungkapan bahasa Inggeris “don’t judge a book by its cover”  ataupun jangan menilai buku dengan kulit hadapan adalah ungkapan kiasan yang bermaksud kita tidak seharusnya meghukum atau menilai seseorang atau sesuatu dengan penampilan luarnya sahaja tetapi tidak jugakkah penting untuk kita membuat penampilan tanggapan pertama yang memberi impak yang positif?

Menilai Pada Tanggapan Pertama adalah Tabiat Biasa Dalam Hidup Kita

Setiap hari secara semula jadi kita menggunakan tanggapan pertama di dalam hidup. Ini adalah sesuatu yang kita lakukan secara tidak sedar seperti memastikan sesebuah tempat selamat atau tidak untuk berjalan seorang ataupun menilai buah yang hendak dibeli itu cukup elok. Jika mengikutkan peraturan tidak tertulis di dalam bidang pengiklanan, 7 saat pertama sesuatu video amat penting untuk membuat seseorang terus kekal menontonnya sehingga habis. Kita tidak akan tahu apa yang kita bakal jumpa atau ketahui jika tidak mengambil jalan gelap tersebut atau menonton iklan tersebut sehingga habis, tetapi berbaloikan untuk keselamatan atau masa anda? Tentu tidak bukan? Disebabkan itu ia penting untuk memberi tanggapan pertama yang positif pada awalya.

Kita menilai sama ada orang di hadapan kita boleh menjadi calon pasangan, rakan niaga atau musuh. Walaupun ia agak tidak adil untuk menilai seseorang pada peringkat awal sebelum mengenali sepenuhnya, tidak semua orang mempunyai masa atau sebab untuk terus berkenalan serta memikirkan aspek lain seperti keselamatan. Situasi ini boleh di lihat dengan lebih kerap ketika sesi temu duga. Lebih senang untuk pihak majikan menyingkirkan calon yang kurang memberi tanggapan yang baik pada awal waktu dan menyenangkan untuk pemilihan calon di akhir nanti. Jika anda memasuki temuduga dengan rambut tidak kemas, baju cercompang camping, anda kelihatan seperti seseorang yang tidak meletakkan usaha untuk kebaikan diri anda.

Adakah anda berasa selamat untuk jalan di koridor ini berseorangan?

Tanggapan Pertama di Dalam Bidang Profesional

Memberi tanggapan pertama yang baik sangat penting ketika bertemu pelanggan, membentang kepada pelanggan, semasa wawancara ataupun ketika sesi temuduga. Tanggapan pertama yang positif mempunyai kemampuan untuk membuka peluang perniagaan dan lebih senang didekati lalu dapat mewujudkan hubungan perniagaan yang lebih kukuh.

Penampilan kita turut menunjukkan pelbagai aspek tentang keperibadian kita. Adakah rambut dan baju dipakai dengan kemas? Tanggapan pertama terhadap seseorang bukan sekdar di rupa dan fizikal. Gaya budi serta gerak badan juga dapat menunjukkan sifat anda. Adakah bahasa dan tona suara kita menjengkelkan?

Adakah Tanggapan Pertama Penting?

Tanggapan pertama adalah penting untuk menjaga imej kita terutama dalam perihal professional seperti dalam alam perkerjaan dan pengajian. Kita sering menganggap personaliti seseorang dari gaya badan dan pemakaian seseorang.

Walaupun sebegitu, ia tidak digalakkan untuk terus menghukum atau menilai cara hidup seseorang sepenuhnya pada pertama kali anda jumpa. Antara cara hidup yang dikaitkan adalah cara seseorang dibesarkan, cara seseorang beribadah kepada agamanya, perkara yang peribadi.

Jika anda mempunyai rasa tidak sedap hati dan runsing terhadap seseorang, simpan fikiran tersebut kepada diri anda sendiri melainkan anda mempunyai firasat yang orang tersebut kemungkinan merbahaya, anda haruslah memberitahu orang yang rapat dan report polis jika perlu.

 

Bagaimana Hendak Membuat Tanggapan Pertama yang Baik?

Terdapat banyak faktor yang menentukan nilai yang baik mengikut seseorang tetapi kebanyakan nilai yang sering dicari ketika pertama jumpa adalah

  • Konfident dan jujur
  • Kekal positif dan jangan bercakap buruk atau menunjukkan emosi negatif
  • Duduk atau berdiri dengan sopan, jaga gaya tubuh anda. Contoh, jangan garu kepala terlalu kerap dan menuntup mullut jika menguap.
  • Senyum selalu sambil memulakan perbualan dengan topik yang tidak sensitif. Jika anda jenis introvert, anda hanya perlu kekal senyum dan menjawab kembali soalan dengan tenang.