Tahap Motivasi Pekerja Yang Majikan Perlu Tahu

Apabila menguruskan pekerja, kita dapat kenalpasti terdapat dua elemen penting yang mempengaruhi mereka untuk menyelesaikan tugas yang diberikan.

  1. Motivasi
  2. Kemahiran

Oleh itu, kita dapat kelaskan pekerja berdasarkan beberapa kumpulan berikut.

 

Tinggi motivasi, rendah kemahiran.

Biasanya mereka yang baru mula bekerja akan tinggi motivasinya tetapi mempunyai masalah untuk menyelesaikan tugas yang diberikan kerana masih baru dengan selok-belok kerja. Kita boleh membantu mereka dengan ‘micro-manage’ setiap tugas mereka.

Setiap yang mereka lakukan perlukan approval daripada kita sebelum mereka benar-benar mahir. Micro-manage akan memendekkan proses pembelajaran mereka. Abaikan micro-manage apabila mereka sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri.

 

Rendah motivasi, rendah kemahiran.

Mungkin mereka bekerja kerana terpaksa atau role yang mereka perolehi tidak sesuai. Mereka ini akan menjadi liabiliti terhadap syarikat kita. Lebih senang jika syarikat dan pekerja tersebut membawa haluan masing-masing.

Burn-out adalah keadaan di mana motivasi pekerja menjadi rendah.

 

Rendah motivasi, tinggi kemahiran.

Saya temui ramai mereka yang berada di dalam fasa ini. Mereka berkemahiran tetapi rendah motivasi untuk menyelesaikan tugas. Oleh itu, setiap kerja mereka akan tertangguh. Mereka sebenarnya sudah ‘burnout’. Jadi apa yang kita boleh lakukan ialah berikan mereka projek yang mereka minat untuk kembalikan motivasi mereka.

Namun, bagi syarikat kecil agak sukar untuk mendorong kembali mereka kerana terdapat pelbagai kengkangan dari segi sumber dan tenaga kerja. Biasanya ia akan berakhir dengan pekerja akan mencari sumber motivasi mereka di syarikat lain.

 

Tinggi motivasi, tinggi kemahiran.

Inilah tahap pekerja yang kita mahukan. Tugas kita untuk mendorong mereka agar mencapai tahap ini.

 

Rumusan

Oleh itu sebagai pemimpin, penting untuk kita mengetahui pekerja kita berada di tahap mana. Apabila mengetahui mereka berada di tahap mana, lebih mudah untuk kita mendorong dan membuat keputusan.