Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di laksanakan, ramai yang bekerja secara berjadual dan bergilir-gilir ke tempat kerja dan ada juga yang terus bekerja dari rumah sepanjang PKPB ini.
Serangan pandemik ini memang menguji mental kita semua dalam menghadapi norma baru ini, terutama yang bekerja dari rumah.
Kini ramai individu yang bekerja dari rumah berpotensi menghadapi serangan anxiety, dan perkara ini berlaku atas beberapa faktor.
Ini antara faktor mengapa individu yang bekerja dari rumah boleh menghadapi serangan anxiety.
Jika sebelum ini bekerja di tempat kerja, kamu hari-hari boleh berkomunikasi bersama rakan sekerja yang lain tapi semenjak melakukan tugas di rumah suasana mula berubah.
Boleh dikatakan hari-hari kamu menghadapi sakit kepala dan merasakan diri berseorangan, hingga tak sedar diri kamu menunjukan tanda-tanda kecil kemurungan tatkala melakukan kerja dari rumah.
Bukan itu saja, hari-hari memandang suasana dalam rumah yang sunyi sepi dan hanya mendengar bunyi kipas siling dan taipan papan kekunci atau bunyi kertas memboleh membuatkan diri kamu menghadapi serangan anxiety.
Apatah lagi dengan mentaliti yang terbeban dengan hal kerja dan peribadi, ia membuatkan diri secara tiba-tiba menghadapi serangan panik.
Bagi mereka yang duduk bersendirian hal ini boleh menyumbang serangan anxiety berlaku, kerana kurangnya komunikasi antara rakan sekerja dan ahli keluarga.
Mungkin terlalu asyik dan leka menyiapkan tugasan, hingga kurang berkomunikasi dalam sosial media kumpulan seperti WhatsApp, Facebook atau Telegram.
Dengan penularan pandemik seperti ini, kita semua terpaksa akur untuk bekerja dari rumah atau bekerja secara berjadual.
Meski tahap tekanan semakin meningkat saban hari, sama-samalah kita mencari keseimbangan dalam tugasan kerja dan kehidupan harian dan menjaga kesihatan mental dan fizikal.
Sumber: www.wanita.com