Jangan Tipu! 5 Cara Membaca Bahasa Tubuh Orang Yang Kaki Bohong

Orang yang suka sembang kencang kadang-kadang membuat hati kita panas, ada kala kita rasa macam benar, ada masa kita di tipu. Macam mana nak tahu jika apa yang dikatakan itu benar?

  1. Cara Pernafasan Berubah

Apabila seseorang berbohong, mereka mungkin akan menarik nafas dengan lebih dalam, lalu bahu mereka akan naik dan suara mereka kedengaran lebih kecil.

Ini merupakan tindakan reflek, pada dasarnya, mereka kehabisan nafas kerana degup jantung dan aliran darah mereka semakin laju. Tubuh anda mengalami jenis perubahan ini ketika anda gugup dan merasa tegang ketika anda berbohong.

2. Mengulangi perkataan atau frasa

Sambil mereka cuba meyakinkan anda, mereka jugta sedang meyakinkan diri sendiri tentang penipuan yang dikatanya. Mereka berusaha untuk mengesahkan kebohongan di fikiran mereka sambil mengulangi frasa yang sama dan mempunhyai kesukaran untuk huraikan situasi tersebut untuk menitik beratkan ungkapan yang disebut

3. Kedipan mata

Secara umumnya, manusia mengedip mata sebanyak 5 atau 6 kali dalam seminit, seseorang yang sedang menipu akan kedip matanya kurang dari jumlah tersebut apabila fokus untuk mengumpulkan informasi di dalam otak mereka sambil lidah mereka sedang berbohong, dan kemudian selepas bercakap mereka akan mengedip mata dengan lebih laju.

4. Menyentuh atau menutup mulut dan muka

Apabila seseorang meletakkan tangan mereka di bibir, itu bermakna mereka tidak akan memberitahu segalanya dan mengatakan perkara yang sebenarnya. Ini merupakan sebuah efek kelakuan dari bahagian sistem limbik di otak kita yang proses perasaan emosi dan kelakuan

Ketika seseorang menipu, darah akan mengalir keluar dari kawasan muka membuat kulit kelihatan pucat dan lebih gatal, dengan perasaan rimasnya membuat mereka menyengtuh muka dengan lebih kerap.

5. Menggerakkan kaki dengan terlampau

Ini adalah salah satu cara utama untuk mengesan pembohong. Lihat saja kaki mereka dan anda dapat lihat dengan terang. Menggelakkan kaki menunjukkan bahawa pembohong tidak selesa dan gugup. Ini juga menunjukkan kepada anda bahawa dia mahu meninggalkan keadaan; mereka mahu pergi, katanya

Perlu diingat bahawa tanda-tanda ini adalah kemungkinan petunjuk tidak jujur ​​- bukan bukti yang pasti. Selain itu, ada juga pembohong yang sangat berpengalaman sehingga mereka mungkin tidak dapat menunjukkan tanda-tanda ini. Jadi kita mestilah berhati-hati menerima dan mencerna informasi.

Sumber: Buku  “The Body Language of Liars” oleh Dr. Lillian Glass, buku “The Dictionary of Body Language” oleh Joe Navarro