Apakah itu 5S? 5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan.
Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.
Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
5S merupakan singkatan kepada perkataan Jepun iaitu :
Sisih (Seiri) | Mengasingkan barang atau dokumen yang tidak diperlukan di tempat kerja untuk disisihkan dan dilupuskan secara sistematik |
Susun (Seiton) | Menyusun barang-barang yang diperlukan secara teratur dan sistematiksupaya ianya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat setelah digunakan |
Sapu (Seiso) | Membersih dan memeriksa tempat kerja secara berkala dan menyeluruhsupaya tiada habuk atau kekotoran di atas lantai, mesin dan peralatan |
Seragam (Seiketsu) | Mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi denganmenekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa |
Sentiasa Amal (Shitsuke) | Melatih pekerja mematuhi sistem persekitaran berkualiti secara berterusansupaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam organisasi |
Apakah 5 perkara utama yang diberikan fokus dalam 5S ?
- Kebersihan
- Kekemasan
- Kemudah-kesanan
- Keselamatan
- Komunikasi
Kenapa 5S?
- Tempat kerja lebih bersih dan tersusun Tempat kerja lebih selamat
- Hasilnya mudah dilihat oleh semua orang Menjana pemikiran kreatif kakitangan Meningkatkan disiplin secara semulajadi
- Kakitangan berbangga dan menghargai tempat kerjanya
- Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan
Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.