Adakah Bahan Kimia Bahaya Bagi Kita?

Bahan kimia boleh dijumpai secara semula jadi atau sintetik, tetapi itu tidak bermaksud kedua-duanya selamat atau berbahaya. Banyak bahan kimia sintetik sebenarnya selamat di sekitar manusia, sementara beberapa bahan kimia semula jadi boleh membawa maut dan terdapat dalam makanan biasa seperti epal, badam dan kentang.

Setiap organisma yang hidup dan tidak organik termasuklah manusia, binatang, tumbuhan, logam dan barangan harian anda mempunyai atau terbentuk dengan komposisi kimia. Bahkan, air juga sebuah komposisi kimia yang terjadi apabila 2 hydrogen dan oksigen bergabung melalui proses penyejatan. Ini tidak bermaksud air itu bahaya kan?

Perbalahan tentang ‘bahan kimia’ sering dipandang sebagai negatif kerana ia bukanlah dibuat secara semula jadi, lalu ramai yang mengamalkan pengambilan ‘bahan’ semulajadi secara keterlaluan sehingga menyebabkan masalah kesihatan.

Malah, tindak balas kimia di badan kita berlaku mengikut emosi dan perasaan. Apabila kita bahagia dan bersenam, badan kita melepaskan kimia oxytocin yang membuat mood kita gembira, apabila kita sedih, kita menangis dan mengeluarkan titisan air mata yang mempunyai kandungan hormon dan itu adalah fenomena yang biasa.

Kita juga menangis apabila kita potong bawang! Tetapi air mata yang dikeluarkan mempunyai kandungan lain kerana ia adalah tindak balas kimia yang berbeza yang dilepaskan oleh bawang dan mata kita berair sebagai perlindungan.

Pengunaan kimia sintetik tidak semestinya ia bahaya. Ada juga kimia sintetik yang membuang elemen yang membahayakan kepada alam semulajadi. Glyphosate herbisida, sebuah racun herba yang digunakan namun dikecam secara meluas sebenarnya lebih kurang toksik daripada herbisida semula jadi diperbuat daripada cuka, garam dan sabun yang selalu digunakan.

Buah epal mengandungi kandungan asid yang boleh membuat cuka

Komposisi kimia di dalam buah epal mengandungi kimia yang sama seperti bahan bakar jet, cat varnish syilek  dan pembersih tandas tetapi kepekatan kimia tersebut tidak cukup untuk merosakkan organ atau meragut nyawa. Mengambil Vitamin C secara berlebihan juga adalah bahaya dan boleh merosakkan buah pinggang, jadi pastikan anda tahu apa yang anda makan!

Kadang kadang ayat saintifik bagi barang harian kita gunakan bunyi menakutkan jika kita tidak tahu apakah barangan terebut seperti acetyl salicylic acid (C9H8O4) yang merupakan ubat aspirin, hydrogen peroxide (H2O2) boleh digunakan secara selamat sebagai ubat kumur jika digunakan sedikit dan apabila digunakan dalam jumlah lebih pekat akan menjadi peluntur. Jadi, bahan kimia yang diletakkan di dalam barang harian digunakan tidak lah semestinya memudaratkan seperti diperkatakan oleh blog blog yang tiada sokongan kajian saintifik.

Jika anda lebih berminat tentang komposisi kimia dan kehidupan bio, kursus program biokimia dan kimia ditawarkan di pelbagai institut di Malaysia. Anda boleh mengenali tentang kursus Kimia dengan lebih mendalami di sini.

 

Sumber: Science.org.ausciencedirect.compure-chemical.com