Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SPM 2020 yang baru sahaja mengambil keputusan SPM! Kini sudah tiba masa untuk anda mengambil langkah seterusnya untuk meneruskan pembelajaran di universiti atau kolej. Bagi mereka yang sudah mendapat keputusan SPM inilah masanya untuk anda mengemaskini permohonan UPU anda secara atas talian.
Pelajar-pelajar lepasan SPM 2020 telah mendapat keputusan SPM pada Khamis 10 Jun 2021, Fasa Pengemaskinian UPU hanya dibuka dalam tempoh 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan iaitu bermula 15 Jun dan sehingga jam 5 petang 2 Julai 2021. Pelajar boleh mengemaskini dengan login semula ke UPUOnline dan lakukan pengemaskinian pada senarai program yang dipohon sebelum ini dengan keputusan SPM diperolehi.
KEMASKINI: Pengemaskinian Permohonan UPU yang asalnya ditutup pada 21 Jun kini di lanjutkan hingga ke 2 Julai 2021 seperti yang silaporkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada hari ini (21 Jun 2021)
Jika anda masih tidak pasti akan bidang kursus yang sesuai atau perjalanan karier anda di masa hadapan, daftar bersama MyCompass dan terokai potensi anda. Dengan memilih pakej ‘SPM Promax 2020’ anda akan perolehi akaun Premium MyCompass secara percuma!
Jika pelajar masih tidak pasti dengan maklumat yang diisikan, pelajar boleh mendapatkan lebih informasi dari video youtube di atas.
MyCompass ingin mengucapkan semoga anda berjaya mendapatkan apa yang anda telah mohon! Jangan patah hati jika anda tidak mendapat apa yang anda ingingkan, teruskan usaha anda dan kecapi impian yang di impikan.