Raikan Awal Muharam

Awal Muharam atau disebut juga sebagai Maal Hijrah iaitu permulaan tahun baru Islam yang disambut oleh umat Islam. Sebagaimana kita sedia maklum,bulan Islam juga mempunyai 12 bulan sama seperti kalendar Gregorian (Januari- Disember) yang bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan Zulhijjah.

Awal Muharam adalah hari penting bagi umat Islam kerana pada tarikh ini berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram

Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini.

Amalan-amalan yang digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah sehingga 1 Muharam adalah:

1.  Berpuasa pada hari terakhir Zulhijah.

“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

2.  Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam.

Beruntungnya kita awal Muharram pada tahun ini jatuh pada hari Khamis dimana hari yang disunatkan untuk puasa sunat. Jadi marilah sama-sama kita berpuasa sunat Muharram.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)

3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.

4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.

“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.

5.  Qiamullail:

a)     Bersolat sunat– Solat TahajjudSolat HajatSolat Sunat Taubat.
b)     Membaca Al-Quran.
c)     Berzikir

Marilah sama-sama kita beramal. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga tahun baru ini bertambah baik dari tahun sebelumnya. Insya Allah.

Imej sumber: infopelajar2u.com