Punca Pembekuan Darah Dalam Vaksin Adenovirus Dikenal Pasti

Seorang profesor di Universiti Goethe, Rolf Marschalek di Frankfurt, Jerman mendakwa telah mengenal pasti punca pembekuan darah yang jarang berlaku berkait dengan vaksin cov-19 yang menggunakan Adenovirus seperti yang diusahakan oleh Johnson & Johnson (J&J) dan University of Oxford dan AstraZeneca (AZ).

Beliau juga mempercayai bahawa mereka telah menemui cara bagi pengeluar untuk mengubah vaksin mereka sehingga pembekuan itu tidak akan berlaku lagi.

Marschalek mengatakan penelitiannya terharap vektor adenovirus vaksin yang mengirim protein lonjakan ke dalam nukleus sel dan bukan cytosol di dalam sel dimana virus biasanya menghasilkan protein, tidak seperti vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna yang tidak memasuki nukleus yang menggunakan mRNA. Teorinya ialah apabila protein lonjakan memasuki nukleus, beberapa bahagian tergabung dan menghasilkan versi mutan.

Secara hipotetik, protein mutan tersebut kemudian “dikeluarkan oleh sel ke dalam tubuh” di mana ia boleh mencetuskan pembekuan darah yang berpotensi untuk mengundangi maut.

Marschalek berpendapat, menunjukkan bahawa pengeluar vaksin dapat “mengubah urutan protein lonjakan” seupaya ia tidak terpisah. Beliau mengatakan J&J telah menghubungi makmalnya untuk memberi pertolongan walaupun saintis lain mendesak untuk bersabar dengan kajian tersebut. “Ini masih hipotesis yang perlu dibuktikan dengan data eksperimen” kata Johannes Oldenburg, seorang profesor di universiti Bonn di Jerman.

Di sambil itu vaksin AZ masih lagi kekal untuk digunakan oleh orang ramai di Malaysia setelah ia didapati dapat mengekang varian dan mutasi cov-19 yang semakin berluasa.

Sumber: Reuters, Financial Times