Persediaan Menghadapi Banjir

Banjir antara lima bencana alam yang sering melanda negara, selain tanah runtuh, kebakaran hutan dan tumpahan minyak. Banjir telah banyak mengorbankan nyawa dan kerosakan harta benda. Masalah banjir di negara ini yang disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat berpunca perbuatan manusia tidak mesra alam seperti membuang sampah sarap, sisa projek pembangunan serta pembalakan. Kekerapan banjir pula meningkat akibat perubahan guna tanah yang mana sistem saliran di kawasan rendah tidak mampu menyalirankan aliran hujan lebat dan sistem saliran yang mengalami pemendapan akibat pembangunan.

Hal ini, berpotensi mengganggu sistem pengangkutan dan secara tidak langsung menjejaskan pengedaran bekalan makanan dan barangan keperluan di negeri-negeri yang terjejas dengan banjir. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil sebagai persediaan menghadapi banjir:

Sebelum banjir:

  • Sentiasa peka dengan perkembangan maklumat keadaan cuaca.
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di lokasi anda dan lokasi yang berisiko banjir.
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar pengumuman semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Mengenal pasti kawasan penempatan banjir dan pusat pemindahan di tempat anda.
  • Menyimpan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air .
  • Sediakan bekalan makanan, ubat dan peralatan kecemasan secukupnya.

Semasa banjir:

  • Membawa barang keperluan asas dan document yang penting sahaja.
  • Setelah menerima arahan untuk berpindah, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir dan arus deras.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di kawasan banjir.
  • Makan makanan dan minum minuman yang telah di masak dan tidak tercemar.

Kesimpulannya, kita janganlah mengambil ringan terhadap bencana banjir yang berlaku kerana, bencana ini juga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan barang terhadap mangsa banjir. Oleh itu, kita harus berwaspada dan menjaga keselamatan diri ketika menghadapi banjir. Kerajaan harus bertindak dan menguatkuasakan undang-undang terhadap pembalakan haram, pembuangan sisa sampah di sungai dan pencemaran alam sekitar. Kita juga harus bersama-sama memelihara alam sekitar agar dapat mengurangkan bencana ini berlaku.

Sumber: astroawani.com, mdbaling.gov.my