Pengorbanan Rakyat dan Barisan Hadapan Aidil Adha Ini

Sumber: Harakah Daily

Aidil Adha menjelang kembali dan rakyat Malaysia masih menentang penularan wabak Covid-19 (cov19). Ini akan menjadikan perayaan Aidil Adha yang kedua di mana kita tidak dapat pulang ke kampung dan beraya bersama keluarga akibat PKP yang dilaksanakan kerana kewujudan varian-varian cov19 yang lebih merbahayakan.

 (Photo by Tayfun Coskun/Anadolu Agency via Getty Images)

Raya Aidil Adha kali ini menunjukkan pengorbanan oleh rakyat dan para barisan hadapan untuk menangani penularan wabak, lagi sekali perayaan kali ini dihadkan demi keselamatan negara dan nyawa. Para frontliners masih menjalankan kewajiban mereka untuk menyuntik rakyat untuk divaksinasi di pusat PPV manakala rakyat harus kekal dirumah sebagai usaha untuk memutuskan rantai penularan. Malah para doktor dan jururawat masih berperang untuk menyelamatkan nyawa mereka yang kritikal di wad ICU. Namun, kerajaan telah menetapkan sedikit kelonggaran untuk meraikan aidil adha untuk menjalankan kewajiban.

Menurut MKN, solat sunat Aidiladha dan ibadah korban adalah dibenarkan sempena perayaan Aidiladha kali ini bagi negeri-negeri di Fasa 1 dan Fasa 2. Ibadah korban bagi negeri-negeri Fasa 1 dan Fasa 2 dibenarkan mengikut ketetapan oleh pihak berkuasa agama negeri dan pihak-pihak berkaitan dengan penjarakan fizikal dan pematuhan. Takbir raya di masjid dan surau dibenarkan, namun takbir dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan.

Solat sunat pula dihadkan kepada 50 jemaah, masjid dan surau hendaklah mempunyai petugas yang mencukupi bagi membantu kawalan Jemaah. Mengikut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat hanya dibenarkan menjemput jemaah yang merupakan ahli kariahnya dan mereka sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Marilah kita bersama berkorban dengan mematuhi SOP dan menjaga diri dan orang terdekat supaya bersama-sama kita dapat meraikan hari Raya yang seterusnya dengan selamat bersama keluarga kita yang tersayang.

Sumber: Astro Awani, The Star