Norma Baru Yang Harus Dipraktikan Oleh Masyarakat

Perintah Terkawal Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah mula dilaksanakan sejak 4 Mei 2020 makin ramai yang dapat keluar untuk menghadiri kerja. Namun sebegitu pelbagai tabiat baru yang harus diterapkan sebagai norma yang baru mulai hari ni. Selagi wabak COVID-19 masih aktif di kalangan rakyat, pelbagai langkah harus diterapkan dan secara tidak langsung telah memberi impak yang besar kepada ekonomi serta cara hidup kita.

Mengikut Dato Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahanan pada 11 Mei, seramai 95% rakyat mengikut syarat PTPB dan jika kita kekal mengikut PKPB, kita pasti akan berjaya melawan wabak COVID-19 sehingga kita dapat mendapat kembali hidup yang selesa dan bebas dari kebimbangan.

 

Kerja dari rumah akan menjadi lebih biasa

Coronavirus juga telah membawa perubahan besar pada cara gaya berkerja di dalam pejabat. Kini ramai terpaksa berkerja dari rumah, banyak pegawai pejabat terus menjalankan operasi perniagaan melalui kerja jarak jauh, bergantung pada teknologi seperti konferensi video, e-mel dan SMS untuk terus berhubungan. Pekerja harus lebih berdisiplin melakukan kerja tanpa gangguan malah majikan juga harus mempercayai perkerja mereka untuk melangsaikan kerja asalkan kerja berjaya disiapkan di hujung hari.

 

Penjarakan Sosial

Dengan kembali pembukaan gedung membeli belah, peruncitan serta pejabat, pengangkutan awam turut mempunyai jadual pengangkutan yang lebih kerap. Demi memastikan rakyat tidak berjangkit dari orang lain, orang dikehendaki berdiri atau duduk sejauh 1 meter antara satu sama lain. Di dalam pengangkutan awam juga, kerusi tertentu akan di tanda dengan simbol X supaya orang tidak duduk dan praktikan penjarakan sosial. Tadika dan nurseri juga telah buka bagi ibu-bapa yang terpaksa berkerja di luar rumah. Kini kanak-kanak juga akan belajar dan bermain dengan penjarakan sosial yang selamat.

 

Bersenam di luar rumah

Kini rakyat dibenarkan bersukan dan bersenam di luar rumah, namun ia harus lah tidak mempunyai ciri ciri fizikal. Sukan yang mempunyai kontak fizikal seperti bola sepak dan ragbi tidak dibernarkan. Golf, badminton bukan beregu serta jogging di bernarkan tetapi dihadkan bawah 4 orang dan mengekalkan penjarakan sosial.

 

Tiada perayaan besar besaran dan aktiviti sosial

Rakyat tidak digalakkan untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung demi mengekang virus dari berluasa namun boleh berjumpa dengan saudara terdekat di dalam daerah. Aktiviti sosial hanya dihadkan kepada 20 orang bersama sambil mengamalkan peraturan jarak sosial.

Aktiviti keagamaan yang merangkumi perjumpaan ramai turut tidak dibernarkan buat pada waktu ini seperti solat jumaat berjemaah dan solat tarawikh. Namun, rakyat mencari jalan lain untuk mengekalkan sillaturrahim dengan berhubung melalui panggilan video.

 

Memakai mask dan membasuh tangan

Walaupun memakai topeng muka / mask adalah tidak wajib bagi mereka yang sihat, ia lebih baik untuk melindungi diri jika dipakai. Kebanyakan kedai hanya  membernarkan mereka memakai mask untuk masuk ke dalam premis.

Sentiasa beringat untuk tidak menyentuh muka dan segera membasuh tangan dengan air dan sabun selepas selesai aktiviti di luar sebelum pulang ke rumah. Pastikan anda membasuh tangan sekurang-kurangnya 2o saat. Jika tiada tempat untuk membasuh tangan dengan sabun, gunakanlan sanitizer tangan sebagai ganti.

 

Permintaan untuk jenis projek dan ekonomi akan berubah

Wabak coronavirus telah membentuk kembali jenis projek atau servis yang akan dibina tahun ini dan selama bertahun-tahun yang akan datang. Projek perhotelan, runcit, perkilangan dan hiburan cenderung kurang mendapat permintaan sementara projek pembinaan dan penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan kesihatan dapat melihat lebih banyak aktiviti. Lalu ia mengubah sistem ekonomi dan permintaan terhadap sektor sektor tertentu menurun atau menaiki.