Meraikan Ramadhan Bersama Keluarga Tercinta

Happy family with several members in education process

“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya”

(Sabda Rasulullah S.A.W – Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah)

Terdapat banyak keistimewaan bulan Ramadhan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Peluang menyambut Ramadhan disamping keluarga tersayang jangan disia-siakan. Cipta masa-masa terindah bersama-sama keluarga!

Amalan Memperkukuhkan Ikatan Kekeluargaan di Bulan Mulia

Pelbagai amalan dan ibadah yang boleh dilakukan bersam-sama ahli keluarga di bulan yang penuh rahmat ini. Berlumba-lumbalah untuk mengutip dan mengumpul pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan ini. Hanya sebulan sahaja dalam setahun kedatangan bulan istimewa ini.

1. Bangun Sahur Bersama-sama

Bangun di awal pagi untuk makan bersama-sama ahli keluarga sebelum masuk waktu Subuh. Jangan lepas peluang untuk bersahur. Dengan bersahur, siang hari anda meski anda berpuasa anda akan lebih produktif dan bertenaga berbanding jika tidak bangun dan menjamah apa-apa sebelum Subuh.

Dimalam hari sebelum anda pejamkan mata, terlebih dahulu rancang atau sediakan makanan untuk anda sekeluarga bangun untuk memasak dan makan. Yang lebih baik sediakan makanan yang berkhasiat iaitu yang akan memberi tenaga kepada anda sepanjang hari untuk anda melakukan sedikit sebanyak aktiviti seperti biasa.

Sementara menunggu azan Subuh berkumandang, eloklah menunaikan solat-solat sunat ataupun mengaji al-Quran. Antara solat sunat yang boleh dilakukan ialah solat sunat tahajud, hajat dan taubat.

2. Solat Subuh Berjemaah

Jangan tidur selepas sahur, nanti terlajak subuhnya. Subuh gajah orang kata. Serikan hari anda pada waktu pagi dengan solat Subuh berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Solat sendirian dapat pahala, solat berjemaah pahala berganda.

Selepas solat jika tidak mampu bersama-sama ahli keluarga, secara bersendiri pun tiada masalah. Bacalah al-Quran walaupun hanya beberapa ayat. Seeloknya selepas Subuh jangan tidur. Orang cakap rezeki tak murah nanti. Heheheh…Tapi apakan daya, waktu pagi selepas Subuh lah yang dinanti-nantikan untuk lena semula.

3. Masak untuk Berbuka

Tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan biarkan hanya ibu bertungkus lumus memasak di dapur bersendirian. Samaada anak lelaki atau perempuan, bantulah ibu anda didapur. Sambil membantu, banyak kita akan belajar selok belok didapur. Bantu ringankan beban ibu anda. Bnayak pahala akan anda perolehi.

4. Berbuka bersama-sama

Seawal lima minit sebelum berbuka, bolehlah membuat halaqah untuk sama-sama menjamah makanan. Saat-saat berbuka yang berbaki  bolehlah sama-sama menadah tangan membaca doa ataupun berselawat dan berzikir. Makanlah makanan yang enak terhidang itu sejurus azan dan membaca doa berbuka.

5. Solat Maghrib, Isyak dan Bertaraweh Berjemaah

Dah berbuka, makan kenyang jangan pula liat untuk solat. Peranan ayah sebagai ketua keluarga hendaklah dimainkan dengan bijaksana. Ayah bertindak untuk memberi arahan kepada anak-anak untuk solat berjemaah. Manakala ibu pula akan menjadi pendorong utama sebagai contoh teladan kepada anak-anak melakukan ibadah.

Solat Maghrib berjemaah kemudian bertadarus al-Quran bersama-sama keluarga. Tambahan pula, di bulan mulia ini sangat-sangat disunatkan untuk mengkhatam al-Quran. Lakukan segala aktiviti santai dan bermanfaat sementara menunggu masuk waktu solat Isyak. Kemudian diteruskan dengan solat taraweh berjemaah.

Solat sunat terawih merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ibadah ini hanya dapat dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Dan boleh dilakukan secara berjemaah ataupun bersendirian.

Solat sunat terawih dan bulan Ramadhan sudah cukup sinonim antara satu sama lain.Ibadat solat sunat terawih cukup istimewa kerana dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada sesiapa yang melakukannya.

6. Bertadarus al-Quran atau Sesi Perkongsian Bersama-sama

Ayah atau ibu bolehlah membahagikan bahagian juzuk masing-masing kepada beberapa juzuk setiap ahli keluarga untuk bertadarus di bulan Ramdhan ini. Tetapkam setiap orang mesti menghabiskan bahagian masing-masing tiga atau empat hari sebelum hujung Ramadhan. Kemudian boleh anda sekeluarga berkhatam bersama-sama.

Selain itu, jadikan waktu menunggu bersama-sama ahli keluarga sebagai waktu yang sangat bermanfaat. Sebelum Subuh, antara Magrib dan Isyak

Kita seharusnya mengambil peluang untuk menambahkan amalan ibadat sebanyak mungkin pada bulan yang penuh berkah ini.Semoga ibadah kita semua diberkati dan diberikan balasan pahala yang berlipat kali ganda.
Selamat beribadah dan Salam Ramadhan!