Mari Membuat Sabun daripada Minyak Masak Terpakai Sambil Menyelamatkan Alam Sekitar!

Minyak masak terpakai adalah salah satu sumber pencemaran utama kumbahan kita sekarang. Minyak tidak larut dalam air, dan pembuangan miyak terpakai di sink sering menjadikan pembersihan air sisa menjadi lebih mahal. Minyak masak terpakai yang tidak dibuang dengan cara betul, juga boleh menyebabkan masalah pada paip dapur tersumbat dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.

Tahukah anda sebenarnya minyak masa terpakai boleh dikitar semula? Hantarkan kepada Buy Back Centre di Alam Flora dan akan akan dibayar sebanyak RM 1.20 per liter. Kutipan minyak masak mencecah 500 tan sejak diperkenalkan pada 2014. Minyak masak terpakai ini diguna kembali sebagai sabun, lilin dan pelbagai lagi lalu ia mengurangkan pengunaan bahan mentah serta mengkitar semua minyak terbuang.

Proses membuat sabun dari minyak terpakai adalah lebih senang dari di sangka dan ia selamat untuk digunakan sebagai sabun untuk mebasuh pinggan dan peralatan utensil di dapur anda tanpa memberi kesan yang berminyak.



Bahan bahan
500g minyak masak terpakai
70g soda kaustik (natrium hidroksida)
165g air
Cuka 10g (untuk menghilangkan bau) * jika mahu
Minyak essential atau kuit buah/tumbuhan (bertindak sebagai wangian) * jika mahu

Alat-alat diperlukan
Periuk, cawan & senduk keluli tahan karat
Apron & sarung tangan
Termometer
Skala digital
Acuan


Cara membuat sabun dari miyak terpakai

  1. Masukkan 165g air ke dalam cawan keluli tahan karat (bekas A)
  2. Campurkan 70g soda kaustik bersama air di dalam bekas A tersebut sehingga betul-betul larut.
  3. Sementara itu, anda boleh menambah minyak dan mencampurkannya ke dalam mangkuk besar (bekas B)
  4. Apabila larutan soda kaustik telah sejuk dan ditapis, gabungkan semuanya sekali.
  5. Masukkan cuka atau minyak wangi jika mahu.
  6. Tuangkan ke dalam acuan (mana-mana acuan kitar semula seperti cawan yogurt atau bekas susu juga boleh digunakan).
  7. Keluarkan sabun dari acuan dengan berhati-hati menggunakan sarung tangan selepas 2 hari dan biarkan kering selama 2 minggu sebelum digunakan.

Jika anda mencari aktiviti untuk dilakukan pada musim ‘lockdown’ ini, apa kata mengitar semula bekas minyak masak untuk dijadikan sabun! Semoga berjaya!