Kenali Prejudis, Stereotaip & Diskriminasi

Vector of a woman fighting back a giant fist, protecting herself from work abuse or domestic violence

Ayuh sama-sama kita kenali dan membezakan prejudis, stereotaip dan diskriminasi.

Prejudis

Sikap, perasaan dan kepercayaan (kebiasaannya negatif) terhadap kelompok sosial yang tertentu.

Komponen: Kepercayaan

Contoh: 

  1. Merasa terlalu takut dengan pesakit Covid-19
  2. Memandang rendahkepada pesakit mental
  3. Tidak menyukai bekerja dengan kaun atau jantina tertentu

Stereotaip

Membuat persepsi dan generalisasi terhadap seseorang individu berdasarkan kelompok sosial yang tertentu.

Komponen: Kognitif

Contoh: 

  1. Berpendapat bekas pesakit Covid-19 berisiko menjangkiti orang walaupun telah sembuh
  2. Berpandangan bahawa pesakit kesihatan mental adalah mereka yang lemah dan kurang beriman.
  3. Berpandangan bahawa lelaki yang menangis adalah lemah/ perempuan terlalu beremosi.

Diskriminasi

Memberi layanan yag berbeza  kepada individu berdasarkan kelompok sosial tertentu.

Komponen: Tingkah Laku

Contoh: 

  1. Menghalang ahli keluarga atau kakitangan kesihatan untuk masuk ke kedai kerana risau dengan jangkitan Covid-19
  2. Memulaukan pesakit kesihatan mental
  3. Memberi ungkapan atau kata-kata yang menghina individu daripada kaum berbeza.

Bagaimana Mengurangkan Prejudis, Stereotaip & Diskriminasi

1.Memahami Konsep

  • Memahami apa itu konsep prejudis, stereotaip dan diskriminasi melalui pembacaan, perkongsian pengalaman dan sebagainya
  • Menghargai kelebihan dan perbezaan setiap individu walaupun mereka berasal dari kelompok sosial yang sama.

2. Kekerapan Interaksi

  • Meningkatkan kekerapan berinteraksi antara individu berlainan kelompok sosial
  • Sebagai contoh membina persahabatan dengan rakan pelbagai bangsa dan agama
  • Melibatkan diri dengan aktiviti sukarelawan yang membantu kumpulan sasar berbeza.
  • Mengembara/melancong untuk mengenali cara hidup dan budaya yang berbeza.

3. Membuat Kategori Baru

  • Mengkategorikan kelompok sosial yang spesifik kepada kelompok sosial yang lebih besar/baru
  • Sebagai contoh: Melayu, Cina, India( kelompok sosial spesifik) – Malaysia (kelompok sosial besar)
  • Ini akan mengalakkan interaksi mereka sebagai satu kelompok sosial yang sama.

4. Memberi Contoh Yang Baik

  • Anak-anak memperlajari tingkah laku sosial berdasarkan contoh yang ditunjukkan oleh orang di sekeliling mereka.
  • Orang dewasa yang kerap menunjukkan sikap prejudis mereka akan mempengaruhi anak-anak untuk bersikap demikian.

Ketiga-tiga konsep di atas berkait rapat dan ia akan mempengaruhi cara kita berfikir, emosi serta tingkah laku kita. Sikap prejudis, stereotaip dan diskriminasi juaga akan memberi kesan kepada hubungan kita dengan individu lain.