Ceriakan Diri Anda di Rumah Dengan 6 Cara!

Kemurungan merupakan sejenis gangguan perasaan atau dalaman yang ditunjukkan melalui rasa sedih, kesepian, putus asa dan kekosongan hati yang mendalam.

Jika kemurungan melanda, ia sememangnya boleh mempengaruhi aspek kehidupan harian anda. Walaupun begitu, beberapa perubahan gaya hidup ini boleh dilakukan setiap hari untuk membantu mengurangkan gejala murung.

Bagaimana Nak Ceria ?

Kalau tiada orang yang membahagia dan menghargai diri anda, siapa lagi?

Jadi, hargailah diri anda dengan menggembira serta menceriakan diri anda di rumah dan setiap waktu.

1. Kamu Kena Makan Makanan Yang Sihat

Bayangkan setiap hari melalui hari yang sama, boleh menyebabkan sesetengah individu kehilangan selera makan ketika murung melanda dirinya. Apa yang boleh kamu lakukan untuk happy, ambil makanan yang sihat.

Pengambilan makanan yang kaya dengan khasiat seperti vitamin penting dan mineral adalah kunci untuk menjaga otak anda agar tetap berfungsi dengan baik. Mengambil makanan dengan karbohidrat kompleks akan membantu otak menghasilkan serotonin yang dapat memicu emosi yang gembira.

2. Kamu Buatlah to-do list

Dengan membuat senarai perkara yang perlu dilakukan sedikit sebanyak boleh membuang rasa sunyi. Malah, fokuskan perkara-perkara yang bagus serta mencabar untuk anda lakukan. Dengan cara ini kamu dapat melihat semula kesemua perkara yang telah dilakukan dalam sehari dan akan berasa lebih produktif, dan teruja untuk menempuh hari esok.

3. Aktif Dengan Bersenam

Duduk di rumah bukan alasan untuk kamu tidak mengeluarkan peluh. Memadai melakukan aktiviti bersenam yang mudah dan praktikal. Contohnya tekan tubi, squats, atau mungkin boleh cuba menari. Tujuan ini untuk melancarkan aliran darah anda serta meningkatkan tahap dopamin yang dapat menggembirakan hati anda.

4. Ketawa Biar Hati Gembira

Bukan hanya menjadikan hati anda lebih baik, malah ketawa juga dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh, mengurangkan penghasilan hormon yang menyebabkan stres, mengurangkan rasa sakit, meregangkan otot dan juga baik untuk jantung anda.

Ketika mana simptom murung mula muncul, carilah perkara-perkara yang boleh membuatkan anda ketawa seperti membaca komik, menonton televisyen atau rancangan komedi.

5. Habiskan Waktu Bersama Orang Tersayang

 

Anda mungkin sering berasa kesunyian atau bersendirian ketika mana kemurungan melanda. Namun, jangan sesekali membiarkan diri untuk terus kesepian dalam tempoh yang lama. Apa yang boleh buat adalah facetiming dengan ahli keluarga dan rakan-rakan, hiburkan diri dan bergelak ketawa bersama mereka.

6. Muhasabah Diri

Inilah waktu yang terbaik untuk anda mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Mula membaca surah Al-Quran sedikit demi sedikit, ganti puasa, lakukan solat sunat, bersedekah kepada orang yang memerlukan. Ingat bila kamu mendekatkan diri melakukan kebaikan, kamu terasa lebih tenang dan bahagia.

Inshallah!