‘Body Shaming’ Adalah Jenayah

Terlampau bermegah-megahan dengan dunia hanya dihujung jari tanpa memikirkan sama ada perkara yang dizahirkan itu benar, mulia mahupun perlu. Apa sahaja yang hendak dilontarkan terus diluahkan menerusi platform media sosial.

Dianggap gurauan, sesuatu yang lucu serta perkara yang remeh. Setiap individu mempunyai hati perut dan pemikiran yang berbeza. Siapa jua dan apapun jua perkara mempunyai tahap sensitiviti yang berlainan.

Isu yang sangat hangat diperkatakan di media sosial kita hari ini adalah tentang mereka yang mengejek, merendah-rendahkan atau menghina seseorang dari aspek rupa fizikal, atau dipanggil body shaming. Mereka yang mengejek fizikal dan perkara-perkara sensitif seumpamanya dilihat sudah menjadi satu kebiasaan atau norma dalam kehidupan.

Tahukah anda, perbuatan body shaming sebenarnya salah satu kesalahan jenayah siber? Kementerian Kesihaan Malaysia menjelaskan bahawa perlakuan mengejek, menghina, memalukan dan mengkritik orang lain berkenaan tubuh badannya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.

Contoh kata-kata ‘Body Shaming’

“Kenapa hidung kau kembang ye”

“Apalah sangat kau tu, sejengkal je pun tingginya”

“Gigi kau joganglah”

“Kenapa kau gemuk ea?”

Mungkin anda niat hendak bergurau atau menjadikan gurauan itu sebagai isu untuk dibualkan bersama-sama. Namun, tuan badannya menganggap perkara itu telah memperlekehkan dirinya dengan memalukan dirinya sesuka hati.

Siapa kita untuk mengutuk, mengejek atau menghina fizikal seseorang. “Manusia adalah sebaik-baik ciptaan”. Jika kita menghina sesuatu ciptaan Allah, ianya kita seolah-olah kita mengkritik Sang Pencipta yang Maha Besar.

Kesan Body Shaming

1. Stress dan gangguan emosi

2. Kehilangan Keyakinan Diri

3.Kecelaruan Pemakanan

4.Kemurungan

5.Kejadian bunuh diri.

Ayuh jauhi budaya ‘body shaming’ dan sentiasa peka dengan sensitiviti rakan atau orang di sekeliling kita. Justeru, masyarakat yang menjadi mangsa tidak harus turut menganggapnya sebagai satu gurauan biasa dan turut sama tergelak tetapi seharusnya menentang agar tidak menjadi satu kebiasaan kepada mereka untuk melakukan body shaming.