Ayuh Bina Sistem Pertahanan Badan

Pelbagai langkah yang telah disarankan oleh pakar dan juga pihak berkuasa agar setiap individu menitikberatkan langkah-langkah pencegahan dan penjagaan diri dari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)  dilakukan bagi menangani COVID-19 secara menyeluruh termasuk perlu mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka bagi menbasmi penularannya.

Memandangkan pihak berkuasa telah membenarkan pelbagai aktiviti seperti bekerja di pejabat, beriadah di taman-taman serta pusat rekriasi dan pelbagai lagi aktiviti lain telah dibenarkan seperti sedia kala dengan syarat mengikut SOP yang telah ditetapkan. Oleh itu, sebagai langkah kendiri, setiap individu termasuk kanak-kanak lebih berisiko dijangkiti virus. Justeru, mereka perlu mempunyai sistem imun yang kuat untuk melindungi diri daripada sebarang penyakit.

Cara Kuatkan Sistem Imun Tubuh Badan yang Wajib Diamalkan

1. Pengambilan makanan berkhasiat

Menurut pakar, pengambilan diet sihat dan seimbang dengan pelbagai makanan berkhasiat adalah cara terbaik untuk mendapatkan semua nutrien diperlukan badan bagi menyokong sistem imun. Kajian menunjukkan susu dan produk tenusu adalah sumber semula jadi nutrien yang baik dan penting untuk imuniti seperti protein, Vitamin B2, B12, B6, Zink dan Vitamin A2.

Bagi kanak-kanak, pelbagai rumusan susu tepung untuk kanak-kanak di pasaran yang menyokong keperluan pemakanan mereka. Ia juga penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengekalkan ketahanan diri.

2. Elakkan stres yang berlebihan

Tidak dinafikan, memang ramai individu mengalami stres kerana situasi yang terpaksa kita hadapi kini. Pun begitu, kita seharusnya mengelakkan diri dari stres yang berlebihan. Antara tanda-tanda anda mengalami tekanan ketika berhadapan dengan COVID-19 ialah:

  • Sukar untuk fokus
  • Risau akan kesihatan  diri san orang yang disayangi
  • Kesihatan diri semakin terjejas
  • Sukar untuk tidur
  • Hilang selera makan
  • Terdapat peningkatan penggunaan alkohol, tembakau atau ubat-ubatan lain
  • Kerisauan atau panik melampau
  • Kemurungan

3. Pastikan rangkaian sosial anda kekal kuat

Memang agak sukar untuk kita bersosial bersama teman-teman walaupun dalam tempoh PKPB ini sudah dibenarkan untuk berada ditempat awam dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

Namun, itu bukan alasan. Kewujudan media sosial memastikan kita boleh kekal berhubung bersama orang yang jauh mahupun dekat.

Terdapat banyak kajian mengatakan kesunyian dan pengasingan sosial memberi banyak kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan.

4. Buang tabiat buruk anda dengan kadar segera

Tabiat buruk seperti menghisap rokok dan meminum alkhol wajarlah dibuang dengan kadar segera. Dan tahukah anda, perokok lebih berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19?

Selain itu, buang juga tabiat suka berjaga pada lewat malam. Ini kerana kurang tidur pada waktu malam akan menyebabkan tubuh badan kurang mendapat rehat dan kesannya, sistem imun akan menjadi lemah.

Menurut kajian, kebanyakan individu perlu sekurang-kurangnya 7 hingga 9 jam waktu tidur untuk tubuh badan berehat sepenuhnya. Barulah tubuh badan anda dapat menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang mampu melawan pelbagai penyakit.

5. Cuci tangan dengan kerap untuk sistem imun yang kuat

Cuci tangan menggunakan air dan sabun dengan kerap adalah cara kuatkan sistem imun tubuh badan yang paling mudah dan efektif. Ia juga senjata utama dalam melawan pandemik wabak COVID-19 yang melanda dunia ini.

Ini kerana virus, bakteria atau kuman boleh berpindah dari manusia ke manusia hanya apabila mempunyai kontak rapat. Contohnya seperti bersalam.

6. Ketawa itu penawar duka dan pemangkin sistem imun

Akhir sekali, anda perlu memastikan kehidupan kekal ceria dan bahagia. Caranya, adalah dengan ketawa!

Ketawa dikatakan mampu meningkatkan sistem imun tubuh badan. Ini disahkan melalui kajian yang dilakukan dengan meneliti individu ketika mereka menonton filem. Didapati sistem imun tubuh badan mereka yang menonton filem komedi mampu meningkat dengan mendadak.

Jadi, sentiasalah kekal positif ya. Bersama, kita mampu melawan pandemik wabak COVID-19 ini.