Awas Bahaya Pakai Face Mask Ketika Bersenam!

Setelah sekian lama duduk dirumah dan tidak dibenarkan keluar tanpa sebarang urusan mustahak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) majoriti masyarakat merindukan aktiviti riadah dan kegiatan luar.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas sempena Hari Pekerja 1 Mei lalu memaklumkan kerajaan membenarkan aktiviti sukan yang tidak melebihi 10 orang mulai 4 Mei ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Antara aktiviti tersebut adalah badminton, tenis, joging, termasuk berbasikal dengan syarat orang ramai mengamalkan penjarakan sosial.

Namun begitu, sebaliknya telah berlaku di China terhadap individu yang keluar bersenam semasa tempoh berkurung. Gempar berita di laman sosial China iaitu Weibo di mana di Pusat Hospital Wuhan terdapat seorang pesakit berusia 26 tahun mengalami kecederaan di paru-paru dan mengalami masalah pernafasan.

Mengikut pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, mereka mendapati 90 peratus paru-paru sebelah kiri pesakit mengalami tekanan dan posisi jantung bergerak keluar ke sebelah kanan di dalam tubuh pesakit tersebut.

Situasi ini juga dikenali sebagai pneumothorax atau collapsed lung di mana udara keluar daripada paru-paru. Pesakit tersebut terpaksa di bawa ke bilik pembedahan dan kini keadaannya kembali stabil. Menurut pihak hospital, hal ini berlaku kerana pesakit berlari (jogging) sambil memakai topeng muka.

Berdasarkan siasatan, pesakit tersebut melakukan aktiviti bersenam (jogging) pada dua minggu lalu dan setiap kali pesakit tersebut keluar jogging dirinya akan memakai topeng muka dan berlari dari 3km hingga 6km. Akhirnya menyebabkan diri pesakit mengalami masalah kesukaran bernafas dan keadaan menjadi lebih buruk.

Peringatan buat semua, bagi yang ingin bersenam sebaiknya lakukan aktiviti bersenam di rumah sahaja bersama=sama ahli keluarga yang lain. Meski kerajaan telah menyatakan kita semua boleh keluar rumah dan melakukan aktiviti bersenam dan sebagainya, tetapi memakai topeng muka ketika bersenam setiap hari akan membawa risiko pada kesihatan. Oleh itu, pilihlah pilihan yang terbaik untuk kesihatan tubuh badan kita agar kita dapat menjalani aktiviti seharian dengan sempurna.