Apakah Cara Untuk Mencari Idea Baru Apabila Kehausan Inspirasi

Anda cuba menghentikan fikiran anda melayan jauh. Anda cuba berhenti terganggu oleh senarai panjang tugas anda. Apabila anda cuba menulis, tetapi anda merasa semua yang anda berjaya catat tidak masuk akal dan tidak berkualiti.

Ini dinamakan writers block atau sekatan idea. Ia terjadi apabila seseoarang telah kehabisan inspirasi idea dan kemahuan untuk menulis.
Walaupun anda sudah mengambil mood dan tidur secukupnya, idea idea tersebut masih tersekat untuk dituliskan. Di bawah, kami ada 5 tips untuk menolong mendapatkan inspirasi anda kembali,

 

 1. Mengembara ke tempat anda tidak pernah pergi

Mengembara ke tempat baru dapat membuka minda kepada persekitaran serta budaya asing. Walaupun kefahaman orang lain bercanggah dengan kita ia tetap mampu membuka fikiran kita dan memahami serta menghormati kepercayaan orang lain.

 

2. Mencuba aktiviti baru yang mencabar

Melakukan aktiviti kita tidak biasa lakukan lebih-lebih lagi aktivi yang mencabar, ia mampu mengajar skil baru serta memberi pengalaman baru. Melakukan aktiviti yang luar kebiasaan kita juga memberanikan diri mencuba benda yang kita tak rasa mampu melakukan dan melonjak diri untuk mencuba pelbagai aktiviti lain dengan lebih berani dan yakin.

Mencuba hobi yang baru turut menyeronokkan. Terdapat perlabagai video tutorial di YouTube jika anda ingin mula untuk mengenali hobi baru dan mencuba hobi hobi tersebut.

 

3. Mengambil cuti atau masa rehat

Kita perlu mengetahui had kita. Jika kita terlalu tepu sehingga tidak boleh buat kerja, ambillah waktu bercuti. Kita mempunyai kehidupan yang mesti dilalui, keluarga yang disayangi dan rakan-rakan untuk terus berhubung. Keseimbangan kerja dan kehidupan yang buruk akan mempengaruhi kesihatan dan prestasi kerja kita. Ambil lah sedikit waktu untuk berehat untuk mengecaj kembali diri anda.

Gunakanlah waktu ini untuk meluang masa melakukan hobi untuk menenangkan diri. Dekati diri dengan alam semula jadi, merasakan kebebasan dan jatuh cinta dengan keajaiban ciptaan Tuhan dan keindahannya. Ini dapat membantu kita membersihkan minda, meredakan tekanan dan merenungkan kehidupan kita.

 

4. Berkongsi idea bersama orang lain

Minda kita akan fikir dalam linkungan perspektif tersendiri, untuk mengembangkan lagi idea, ‘brainstorming’ atau berfikir secara berkumpulan mampu memperluaskan lagi penyelesaian atau isi sisi untuk topik yang dicari cari. Anda juga dapat bertukar pendapat dan mengukuhkan isi untuk idea anda nanti.

 

5. Membaca tentang topik lain

Jika kita asyik membaca tentang perkara yang sama sahaja, lama kelamaan otak kita menjadi tepu. Cuba membaca topik yang bertentangan atau lain terus untuk mendapatkan maklumat baru. Kemungkinan pembacaan baru ini juga dapat memberi inspirasi arau perspektif yang lain terhadap pembacaan anda. Biarpun fiksyen atau tidak, bahasa asing atau audiobook, membaca tentang toik lain juga dapat menambah ilmu secara tida langsung  dan membuka minda untuk perspektif yang lain.