Adakah Stress Punca Rambut Beruban? Sains Menunjukkan Uban Boleh Kembali Berwarna!

“Jangan marah-marah, nanti lekas tua” menunjukkan stres dapat mempercepatkan kejadian uban adalah salah satu fenomena yang dipercayai oleh orang ramai. Para penyelidik terkejut apabila mengetahui bahawa warna rambut dapat dipulihkan ketika stres dihilangkan, namun sebuah penemuan yang bertentangan dengan kajian pada tikus baru-baru ini, menunjukkan bahawa rambut uban yang disebabkan stres adalah kekal.

Kajian yang diterbitkan pada 22 Jun di eLife, mempunyai makna yang lebih luas daripada mengesahkan spekulasi usia mengenai kesan tekanan pada warna rambut, kata pengarang kanan kajian Martin Picard, PhD, Profesor Perubatan Tingkah Laku di Columbia University Vagelos College of Physicians and Surgeons.

Ketika rambut masih di bawah kulit sebagai folikel, akar rambut terpengaruh dengan hormon stres dan perkara lain yang berlaku di dalam minda dan badan kita. Sebaik sahaja rambut tumbuh dari kulit kepala, folikel akan mengeras dan menjadi kristal secara berterusan ke bentuk yang stabil.

“Memahami mekanisme yang membolehkan uban ‘tua’ kembali ke keadaan berpigmen ‘muda’, mereka dapat menghasilkan petunjuk baru mengenai kelenturan penuaan manusia secara umum dan bagaimana ia dipengaruhi oleh tekanan. Data kami menambah banyak bukti yang menunjukkan bahawa penuaan manusia bukanlah proses biologi yang linear dan tetap tetapi mungkin sebahagiannya dihentikan atau bahkan dibalik sementara.” kata Picard.

 

Cara Penyelidikan Dijalankan

Dengan mengkaji rambut individu dari 14 sukarelawan, hasilnya dibandingkan dengan buku dairi yang menulis tentang tekanan sukarelawan, dimana individu diminta untuk mengkaji semula kalendar mereka dan menilai tahap tekanan yang dihadapi setiap minggu.

Sekiranya anda menggunakan mata anda untuk melihat rambut, warnanya sama sepanjang penyelidikan melainkan ada peralihan yang ketara. Di bawah pengimbas berresolusi tinggi, variasi warna yang kecil dan halus dapat diukur.

Terdapat satu individu yang pergi bercuti, dan lima helai rambut uban di kepala sukarelawan tersebut kembali menjadi gelap semasa bercuti. Penyiasat segera menyedari bahawa beberapa uban secara semula jadi memperoleh warna semula, ini tidak pernah didokumentasikan secara kuantitatif.

Untuk lebih memahami bagaimana tekanan menyebabkan rambut beruban, para penyelidik juga mengukur tahap ribuan protein di rambut dan bagaimana tahap protein berubah pada setiap helai rambut.

 

Tindak balas Mitokondira antara manusia dan tikus

Mitokondria – perumah sel tenaga

Mitokondria adalah sebuah struktur di dalam sel berfungsi untuk mengubah tenaga kimia yang terkandung dalam makanan, apabila dimakan akan menjadi bentuk tenaga lain. Mitokondria ibarat antena kecil di dalam sel yang bertindak balas terhadap sejumlah isyarat yang berbeza, termasuk tekanan psikologi. Hubungan mitokondria antara tekanan dan warna rambut berbeza dengan apa yang ditemui dalam kajian tikus baru-baru ini, iaitu kajian tersebut mendapati bahawa uban yang disebabkan oleh tekanan adalah disebabkan oleh kehilangan sel stem yang tidak dapat dipulihkan pada folikel rambut.

Uban dapat dibalikkan pada seseorang yang melibatkan mekanisma yang berbeza. Tikus mempunyai biologi folikel rambut yang sangat berbeza brbanding manusia dan ini mungkin merupakan contoh dimana penemuan pada tikus tidak dapat diterjemahkan dengan baik kepada orang lain.

 

Bolehkah kita hilangkan uban di atas kepala kita?

Mengurangkan tekanan dalam hidup anda adalah perkara yang baik, tetapi tidak semestinya rambut anda akan berubah menjadi warna normal kembali.

Berdasarkan pemodelan matematik, rambut perlu mencapai tahap matang sebelum berubah menjadi kelabu. Pada usia pertengahan, ketika rambut mendekati tahap matang atas usia biologi dan faktor lain, tekanan akan mendorongnya melebihi matang dan ia berubah menjadi kelabu.

“Tetapi kami tidak menyangka bahawa mengurangkan tekanan pada seorang lelaki berusia 70 tahun yang sudah beruban selama bertahun-tahun akan menggelapkan rambut mereka atau meningkatkan tekanan pada usia 10 tahun akan cukup untuk menjadikan rambut mereka di ambang pengubanan.”

 

Adakah kita akan lebih beruban jika menarik rambut uban tersebut?

Mencabut uban hanya akan menghasilkan rambut baru yang beruban di tempatnya kerana hanya ada satu rambut yang mampu tumbuh setiap folikel. Rambut di sekitar anda tidak akan menjadi putih sehingga sel pigmen folikel mereka sendiri mati. Mencabut uban boleh meninggalkan kesan trauma kepada folikel rambut, dan trauma berulang pada folikel boleh menyebabkan jangkitan, pembentukan parut atau mungkin menyebabkan tompokan botak. Sebaik-baiknya jika anda ingin menutupkan uban, anda boleh menggunakan pewarna rambut.

 

Sumber: Science Daily UAMShealth