Adakah Anda Mempunyai Masalah Mengatakan Tidak Kepada Orang?

Belajar mengatakan tidak  amat mencabar bagi sesetegah orang untuk mengatasi ketakutan terhadap penolakan dan tidak dapat mengawal rasa simpati terhadap orang lain sehingga memberi kesan pada diri. Adakah anda menghadapi masalah mengatakan tidak?

Kebayanyakan orang tidak berani mengatakan tidak sehingga merasa runsing dan tertekan kerana risau mengecewakan seseorang, membuat mereka marah, melukai perasaan mereka, atau kelihatan tidak sopan atau kasar. Lalu terasa orang berfikir negatif terhadap diri  sendiri dan memandang rendah menjadi masalah utama.

Kebanyakan situasi ini terjadi apabila seseorang mengajak lepak, meminta bantuan atau menyuruh anda mendengar promosi sesebuah barangan secara agesif oleh seorang jurujual.

Ia tidak salah untuk membatu atau memberi sedikit perhatian kepada orang yang meminta, pastikan beberapa perkara ini sebelum menatakan ya atau tidak.

  • Adakah ia akan memakan masa anda sehingga menganggu jadual lain?
  • Adakah ia akan menggunakan kewangan anda dengan banyak, berbaloikah?
  • Adakah anda berdaya secara fizikal atau mental untuk membantu?
  • Adakah situasi tersebut penting atau melibatkan orang lain yang anda kenal?
  • Adakah membiarkan masalah tersebut tidak menyebabkan kesusahan kepada orang awam?
  • Adakah ia melibatkan kegiatan haram atau sesuatu yang merungsingkan?

Jika jawapan anda adalah ya, maka tolaklah pelawaan mereka dengan secara baik serta sopan. Berkata “Saya tidak merasa saya boleh membantu/menghadir” adalah lebih daripada cukup. Anda tidak perlu menjelaskan diri anda apabila anda mengatakan tidak kerana ini adalah hak anda. Apabila anda belajar mengatakan tidak, anda mula menyedari bahawa perkara yang paling penting adalah bersikap jujur, adil, dan menghormati orang lain.

Jika anda masih berasa runsing, bersalah dan tertekan kerana tidak dapat membantu, ia tidak salah untuk mencari orang lain untuk membantu orang tersebut dan memberi alternatif kepada peminta tersebut. Jika ia membuat anda cemas, anda harus berjumpa doktor untuk menganalisa tahap kerisauan anda yang berkemungkinan memberi kesan buruk kepada diri anda.

Menolong dan mendengar dari orang lain akan membina kepercayaan terhadap anda, lalu apabila anda di dalam kesusahan, lebih ramai akan membantu anda jika di dalam kepayahan. Marilah kia membina komuniti dan hubungan yang positif untuk melahirkan susana yang lebih bertolak ansur.