9 Cara Kekal Bermotivasi Sepanjang Hari!

Rutin harian semestinya membosankan terutama jika kita telah lama berkerja di rumah. Namun masih pelbagai perkara,  hal dan tugas tetap ada yang tidak dapat disiapkan kerana berasa kurang motivasi.

Ingin meningkatkan produktiviti diri anda? Cuba ubah gaya hidup supaya hari anda kekal produktif.

1. Bangun pagi dan tidur secukupnya.

Bangun lebih dari awal daripada biasa akan memberikan lebih banyak kelebihan. Selain menghirup udara segar dan menikmati sinar matahari pagi yang menyihatkan, bangun diawal pagi juga dapat meningkatkan mood yang penting untuk meningkatkan produktiviti kerja seharian. Dengan bangun diawal pagi anda mempunyai waktu tambahan untuk merancang apa saja yang akan anda hendak lakukan pada hari itu.

Pastikan anda juga mendapat tidur yang mencukupi untuk membekalkan tenaga seharian. Jika anda ingin mengubah waktu tidur dan bangun anda, lakukan secara berperingkat. Amalkan tidur lebih awal 15 hingga 30 minit dari waktu biasa dan perlahan lahan latih diri untuk mencapai waktu yang anda ingini.

2. Mengemas Tempat Tidur Anda

white bed linen on bed

Setelah bangun pagi, mengemas tempat tidur memang menjadi salah satu perkara yang selalu ditekankan orang tua kepada anak-anaknya sejak usia kecil. Ternyata mengemas tempat tidur pada waktu pagi berupaya menentukan mood permulaan hari anda. Ia dapat menyejukkan pemandangan seterusnya melonjak motivasi anda untuk terus berusaha sepanjang hari.

Dalam sebuah debat di University of Texas, seorang anggota US Navy Admiral William H. McCraven berkata, “Jika anda ingin mengubah dunia, mulailah dengan mengemas tempat tidur. Jika anda mengemas tempat tidur tiap pagi, anda sudah menyelesaikan tugas pertama anda. Hal ini akan membuatkan anda rasa bangga dan bersemangat untuk melakukan tugas-tugas lain. Diakhir hari, anda akan menyedari satu tugas yang sederhana mampu membawa kepada penyelesaian tugas lain.”

 

3. Tenangkan Diri

Fikiran yang tenang dapat membantu anda mengekalkan fokus sepanjang hari dan meningkatkan produktiviti kerja. Waktu pagi adalah waktu yang paling baik untuk menenangkan diri dan juga beribadah. Umat muslim menjalankan solat subuh sebelum matahari terbit.

Anda juga boleh menenangkan diri dengan melakukan hal lain, seperti membaca berita sambil menikmati secawan kopi atau mungkin menikmati udara dan matahari pagi. Menenangkan diri dipagi hari sebelum memulakan aktiviti lain mampu memberi mood positif dan tentu saja meningkatkan produktiviti kerja.

4. Lakukan Aktiviti Kegemaran Anda

woman painting tree and cliff

Merasa bosan dan lesu saat bekerja? Produktiviti kerja menurun? Mungkin anda sudah lama tidak melakukan hal-hal yang anda sukai. Jika anda merasa waktu yang anda miliki selama ini tidak cukup untuk melakukan perkara kegemaran anda, bangun lebih awal dapat memberikan waktu yang cukup untuk melakukan hal-hal yang selama ini tidak sempat dilakukan. Apa sahaja yang anda gemari seperti bermain musik, menjaga haiwan peliharaan atau menulis.

Selain itu anda juga boleh mencuba hobi baru seperti membaca buku, belajar resipi baru dan mencuba permainan video baru. Pastikan anda tidak memakan masa terlalu banyak sehingga mengabaikan kerja. Berehat dari bekerja jika and mula merasa rimas dengan membuat akiviti kecil yang anda sukai seperti mendengar muzik dan berinteraksi dengan seseorang.  Tentu saja mood  positif yang dihasilkan dari melakukan hobi ini akan memberi impak pada produktiviti kerja.

5. Mengeluarkan Peluh

woman using jumping rope

Produktiviti kerja menurun juga disebabkan tubuh yang kurang cergas. Gaya hidup padat dan sibuknya pekerjaan membuat banyak orang lupa untuk bersukan atau bersenam. Melakukan aktiviti rekreasi yang sederhana yang anda suka dan lakukan secara rutin setiap pagi, contoh berlari, berjalan kaki, berbasikal, mengangkat berat senaman yoga atau membuat sedikit regangan badan.

Anda boleh menggunakan aplikasi step-tracking ditelefon pintar atau alat khusus yang boleh mencatatkan pergerakan, jumlah langkah yang anda jalani, sekaligus menghitung berapa kalori yang dapat dibakar dari aktiviti yang anda lakukan. Dengan memasang alat tersebut di tubuh anda di awal pagi, anda akan lebih termotivasi untuk menggerakkan tubuh dengan lebih aktif sepanjang hari.

Jadualkan waktu tertentu seperti dipagi hari atau petang untuk berpeluh sebagai rutin harian kerana anda  mungkin berasa lebih suakr melakukannya diwaktu-waktu lain. Tentu anda sudah tidak asing lagi dengan manfaat bersukan, selain membantu tubuh anda untuk kekal segar dan sihat, berpeluh membantu membentuk fikiran yang sihat dan meningkatkan hormon yang membuat kita lebih bahagia.

6. Melakukan Penilaian Harian  

Anda pasti memiliki sasaran tertentu dalam hidup, baik dalam jangka masa pendek mahupun jangka panjang, besar atau kecil. Kadangkala produktiviti kerja kita menurun kerana kita lupa dengan sasaran tersebut dan berasa kurang bermotivasi.

Rutin-rutin harian serta kehidupan internet dan media sosial akan membuat anda terleka dan lupa dari sasaran yang telah tetapkan. Pagi hari adalah saat yang tepat untuk mengkaji apa saja yang telah anda lakukan dihari sebelumnya, kembali fikirkan yang nyata untuk meningkatkan produktiviti kerja dan mencapai tujuan anda.

Selain itu, dipagi hari anda juga boleh melakukan catatan pengeluaran untuk perencanaan kewangan yang lebih matang. Memulakan dengan menyimpan semua bukti resit, pembayaran, bukti pemindahan perbankan dan segala bukti pengeluaran wang bermula dari jumlah yang besar sehinggalah kecil.

Anda boleh menggunakan buku catatan, program spreadsheet seperti Microsoft Excel, atau pelbagai aplikasi perancang kewangan yang boleh dimuat turun ke telefon pintar.

7. Tuliskan to-do-list

Tuliskan apa saja aktiviti harian yang anda telah dan akan dilakukan pada hari tersebut, lengkap dengan waktu dan durasinya. Tingkatkan produktiviti kerja dengan membuat to-do list  untuk diselesaikan dalam hari tersebut. Jangan terlalu gopoh dengan membuat senarai  yang terlalu panjang. Buat perancangan yang realistik dengan mengukur kemampuan diri anda agar dapat mendorong diri anda untuk meningkatkan produktiviti.

Tetapkan keutamaan untuk menentukan perkara yang penting dengan membahagikan aktiviti-aktiviti yang anda rancang ke dalam 3 kumpulan: 1-penting dan terdesak, 2 penting dan tidak terdesak, 3 (tidak penting dan tidak terdesak. Apabila produktiviti kerja anda bertambah, anda boleh mula menambah tugas lain dalam masa satu hari.

8. Jangan Lupa Sarapan

fruit salad on gray bowls

Sarapan yang cukup berupaya membekalkan tenaga dan meningkatkan produktiviti kerja. Pastikan anda memilih menu yang sihat seperti buah-buahan, bijiran, telur dan roti. Anda juga boleh membuat smoothie antioksidan dengan mencampurkan buah-buahan dan sayuran seperti strawberi, bayam dan pisang ditambah pula dengan yogurt, susu, dan bijiran. Membuat sarapan yang sihat dan pelbagai supaya anda tidak bosan dan menjadi lebih teruja. Berikan masa untuk menyediakan waktu untuk sarapan pagi. Jangan biarkan produktiviti kerja anda berkurang hanya kerana anda terburu-buru dan lupa untuk sarapan pagi.

9. Siapkan Baju Kegemaran Anda

Anda boleh mengambil  masa pada waktu malam sebelumnya untuk memilih pakaian kegemaran anda dan menyiapkan untuk dipakai keesokan hari.

Pilih pakaian yang membuat anda berasa yakin sebagai penggalak mood untuk kekal bersemangat. Jangan lupa untuk pilih pakaian yang selesa, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar sesuai dengan tubuh supaya senang untuk bergerak dan menjadikan anda lebih aktif, mengurangkan gangguan, dan semestinya mengoptimumkan produktiviti kerja.

Produktiviti kerja penting untuk mencapai objektif dan matlamat anda dimasa hadapan. Kami berharap tip tip ini  dapat membuat anda kekal bermotivasi berkerja biarpun dari rumah atau di tempat kerja dan mengharungi hari anda dengan positif!

Sumber: glints.com