8 Alat Penting Anda Perlu Ada Di Dalam Kereta

Memandu kenderaan ke destinasi tertentu adalah antara pilihan utama rakyat Malaysia. Demi keselamatan dan kesejahteraan anda ketika berada di atas jalan raya, anda seharusnya mempunyai alat tertentu untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan dapat membantu anda menangani segala kesulitan yang tidak dijangka.

Jika anda merancang perjalanan yang jauh atau ke kawasan yang anda tidak biasa terokai, penting bagi anda untuk menyemak semula beberapa alat keperluan kecemasan sebelum anda mulakan perjalanan.

 

1. Manual Pemilik Kenderaan

12 Things you should never do in a Brand New Car

Pastikan anda menyimpan manual pemilik kenderaan di dalam kenderaan anda untuk agar dapat menyemak kembali panduan dan butiran penting mengenai kenderaan anda.

Manual pemilik kenderaan tersebut akan memberitahu anda maklumat penting, seperti paras minyak dan tekanan angin tayar yang disyorkan, sebagai tambahan kepada maklumat penting lain untuk kenderaan anda.

 

2. Set penukar tayar

How to Change a Tire | Fiix

Jika anda hendak menukar tayar, anda memerlukan bicu tayar (tire jack), tayar ganti dan perengkuh lug. Anda memerlukan ketiga-tiga alat ini, sekiranya tiada salah satu, kesemua alat yang ada tidak berguna. Pastikan set alat menukar tayar anda cukup dan dalam keaadaan yang baik.

Pastikan juga tayar ganti anda mempunyai angin yang mencukupi. Walaupun tayar gantian hanya sesuai digunakan saat kecemasan, ia masih boleh menjadi penyelamat keadaan ketika terdesak.

 

3. Kabel Jumper dan Penggalak Bateri Kecemasan

The 8 Best Portable Jump Starters, Tested by Lifewire

Jika bateri kenderaan anda mati, kemungkinan besar anda akan bergantung pada orang yang lalu-lalang untuk membantu membekalkan anda ‘kuasa’ untuk memulakan kembali bateri kereta anda.

Kabel jumper sahaja tidak mencukupi untuk menghidupkan enjin anda semula. Oleh sebab itu, anda juga memerlukan penggalak bateri kecemasan. Anda boleh sahaja meminta bantuan dari tepi jalan, tetapi selalunya menunggu lebih lama daripada yang dijangkakan boleh menjadi masalah jika anda sedang lewat atau di dalam situasi berbahaya.

Kebanyakan kit pemula bateri padat kini disertakan dengan sambungan USB untuk memastikan semua peranti anda mudah dicas. Sama ada anda perlu memulakan kenderaan atau hanya perlu mengecas semula telefon anda.

 

4. Peti Pertolongan Cemas

Doctor Know: Best First Aid Kits for the Car

Anda tidak pernah tahu bila anda akan memerlukan Kit Pertolongan Cemas. Anda mungkin perlu membersihkan luka atau membalut luka. Jika anda menghabiskan banyak masa di dalam kenderaan anda, adalah lebih mudah untuk mempunyai sedikit bekalan keperluan perubatan di tangan. Jangan lupa untuk melihat tarikh luput pada kit pertolongan cemas setiap 3 bulan agar ia selamat digunakan.

Apa yang perlu ada di dalam peti kecemasan?

  1. Gauz medikal
  2. Kain anduh
  3. Pita non-woven
  4. Pad Gauz
  5. Swab Alcohol
  6. Sarung tangan medikal
  7. Plaster luka
  8. Panadol dan anti-histamin (alergik)

 

5. Lampu Suluh Taktikal

Are Tactical Flashlights Effective? - STKR Concepts

Perlu menukar tayar pada waktu malam, lagi lagi di kawasan yang kurang cerah? Simpan lampu suluh taktikal yang kuat di dalam kereta anda untuk detik penyelenggaraan kecemasan di kawasan yang gelap atau malap. Jika lampu suluh anda memerlukan bateri, simpan beberapa bateri tambahan di dalam kotak sarung tangan juga. Lampu suluh taktikal digunakan oleh polis dan tentera, jadi selain memancarkan lebih banyak cahaya, ia juga boleh digunakan sebagai alat pertahanan diri terakhir.

 

6. Segi Tiga atau Kon Reflektif 

How to place emergency triangles on 3 types of roads

Di samping lampu suluh taktikal, segitiga reflektif adalah alat keselamatan yang penting pada waktu malam. Jika anda terpaksa berhenti di bahu jalan untuk tempoh masa yang panjang, letakkan keperluan keselamatan ini di sekeliling kenderaan anda. 

Segi tiga atau kon reflektif ini menawarkan penglihatan yang lebih jelas untuk trafik, mengurangkan kemungkinan anda dilanggar oleh pemandu semasa anda menunggu bantuan yang anda perlukan.

 

7. Alat multi-toolAmazon.com: Victorinox Swiss Army Swisstool with Nylon Pouch Stainless  Steel, 115mm : Tools & Home Improvement

Bayangkan jika tiba-tiba tali keledar anda tersangkut atau kepala pengunci tali keledar tiba-tiba tidak berfungsi. Tentu keadaan akan bertukar cemas lebih-lebih lagi jika anda seorang diri dalam kereta. Bayangkan juga jika tiba-tiba kenderaan anda terbabas. Anda selamat tetapi perlu melepaskan diri dari tempat duduk dan keluar dari kereta secepat yang mungkin.

Alat ini juga boleh menolong untuk memecahkan tingkap jika anda terkunci di dalam kereta dan terperangkap di ketika waktu kecemasan. Pastikan anda menyimpan satu set multi-tool di dalam dashboard anda.

 

8. Tong Minyak dan Corong

Alamak, tak jumpa stesen minyak selepas menghadap jalan yang sangat sesak sehingga kehabisan minyak! Inilah pentingnya untuk menyimpan tong minyak serta corong jika anda terpaksa memerlukan bantuan untuk mengisi minyak ketika terdesak.

No photo description available.

Anda mungkin tidak dapat menolak kereta ke stesen minyak yang terdekat tetapi anda boleh membinta bantuan dari para pemandu lain.

Pastikan tong minyak tersebut kering dan tidak mempunyai titisan air yang tertinggal untuk mengelakkan enjin rosak.

Kadang-kadang kita tidak dapat mengelakkan diri daripada menghadapi masalah mekanikal atau kemalangan. Selain itu, anda perlu sentiasa mengetahui penyelenggaraan asas untuk memastikan kereta anda selamat untuk dipandu apabila berada di atas jalan.

 

Berminat mengenai selok belok penyelenggaraan kenderaan atau mengenai kejuruteraan jentera? Terokai dengan lebih lanjut mengenai bidang automotif dengan mendaftar bersama MyCompass disamping mengenal pasti potensi terbaik dan maksima anda.