5 Tips Untuk Bersedia Menghadapi Ramadan

Bulan puasa Ramadan akan bermula pada 13 April 2021 ini. Bulan suci ini adalah antara bulan yang sangat di tunggu tunggu bagi umat Islam di mana-mana keliling dunia kerana kita berusaha untuk mendekatkan diri kepada Pencipta kita. Sudah anda sedia untuk bangun sahur dan bekerja sepanjang hari? Untuk membantu kita semua bersiap, berikut adalah beberapa petua berguna untuk bersiap sedia untuk Ramadan!

1. Kurangkan pengambilan gula, garam dan kafein

Kita akan berasa lebih selera dengan makanan yang sedap sedap dan minuman yang manis tetapi tinggi di dalam kandungan bahan pengawet, garam, gula dan kafein. Cuba kurangkan penggunaan gula sebanyak setengah atau 1 sudu setiap hari dan mengurangkan pengambilan minuman berkafein secara berkala supaya tubuh anda tidak terkejut dengan pertukaran makanan dalam masa yang singkat. Pastikan masakan tidak mengandungi garam terlebih dan kurangkan pengambilan makanan ringan atau snek yang banyak pengawet. Ini juga akan membantu anda melawan keinginan untuk makanan dan minuman yang tinggi garam dan gula bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi sepanjang hidup anda.

2. Minum air secukupnya

Tingkatkan pengambilan air anda untuk menjadikan badan berada dalam keadaan hidrasi yang optimum sekurang kurang nya sebelum permulaan Ramadan. Tambahkan satu atau dua gelas sehari untuk mencuba dan menurunkan tahap dehidrasi yang akan dihadapi tubuh semasa berpuasa terutama jika kita berada dalam musim panas.

3. Menggantikan puasa yang terlepas atau puasa sunat

Jika anda hendak menjinakkan badan dan minda anda sebelum Ramadan tiba, cuba untuk menggantikan hari puasa yang terlepas atau puasa sunat untuk mebiasakan diri. Biar pun hanya 2 atau 3 kali seminggu, jika anda mula bangun untuk sahur dan solat Subuh, pastinya anda akan dapat menyesuaikan diri dengan bulan Ramadan nanti.

4. Mula tidur awal dan secukupnya

Adakah anda seorang yang liat untuk bangun tengah pagi? Walaupun anda telah menetapkan 5 bunyi pengera untuk masih susah untuk bangun?

Mula untuk tidur awal bagi mereka susah untuk lelapkan mata, cuba lakukan aktiviti yang membuat anda berpeluh pada waktu petang supaya anda lebih senang untuk lena pada waktu malam. Mula tidur awal setengah jam dari waktu biasa dan pastikan anda mendapat sekurang kurang nya 6 jam untuk tidur apabila tiba bulan puasa. Anda juga boleh sambung tidur selepas sahur ataupun tidur seketika pada siang hari dalam 30 – 45 min.

Tetapkan penggera itu lebih awal setiap hari. Sekiranya anda biasanya bangun pada pukul 7 pagi – setkan pengera jam setengah jam lebih awal. Penyesuaian kecil ini sekarang akan menjadikan panggilan awal untuk sahur lebih mudah dikendalikan.

5. Berkelakuan baik dan berminda positif

Bulan Ramadhan bukan sahaja untuk melatih nafsu untuk berpuasa, ia juga untuk melatih diri kita untuk menjadi seorang yang baik. Ambil masa ini untuk mengukuhkan ibadah dan mula berhijrah kepada seorang yang lebih baik dan positif. Mula dari amalan yang kecil seperti berkelakuan lebih sopan santun dan berhemah biarpun bersama keluarga, kenalan ataupun orang yang tidak dikenali di sosial media. Meringankan tulang dan menolong dengan kerja di rumah ataupun membawa kerete secara berhemah di atas jalan.

Setkan minda yang positif dan meuliskan ‘gol’ apa yang anda ingin capai dalam bulan ini. Adakah anda ingin turun berat? Atau membuang dan derma barang yang sudah lama menyemakkan bilik? Ini turut akan membuat anda lebih fokus dengan diri anda dan menambah keyakinan diri secara tidak langsung.

Semoga tips-tips ini akan membantu anda untuk bersiap sedia sebelum bulan suci ini tiba. Ramadan bukan hanya melatih diri untuk berasa sabar dan syukur, tetapi juga merupakan masa yang tepat untuk peningkatan kesejahteraan dan kesihatan anda. Kami berharap agar semua umat Islam dapat menunaikan ibadah puasa ini dengan senang dan selamat.