5 Makanan Sarapan Untuk Badan Sihat & Slim

Sarapan adalah sajian yang paling utama. Jangan sesekali kamu skip sarapan pagi!

Bila kamu mengambil sarapan pagi dengan sejumlah nutrisi yang betul, nescaya hari kamu akan lebih bertenaga dan ceria.

Sarapan yang berkualiti dan enak dapat meningkatkan mood kamu dan mencegah kemurungan. Jadi, kamu harus mengetahui apa yang patut dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan untuk sarapan.

5 Makanan Elok Kamu Ambil Masa Sarapan

1. Mentega Kacang

Roti bakar adalah pilihan terbaik. Tapi jangan disapu dengan mentega. Mentega mengandungi lemak yang membantu memproses vitamin, tetapi juga mengandungi banyak lemak tepu yang boleh menyebabkan kerosakan pada jantung dan juga kenaikan berat badan.

Sebaliknya, sapu mentega kacang ke atas roti bakar. Kajian mendapati bahawa mentega kacang yang tulen dapat membantu kamu merasa kurang lapar pada siang hari, kerana meningkatkan pengeluaran peptida YY, hormon yang mengatur rasa lapar, yang menjadikannya sarapan terbaik untuk memulakan hari kamu.

2. Jangan Ambil Cereal Tapi Oatmeal

Cereal sarapan yang paling popular mengandungi sejumlah besar gula yang kemudian menjadi lemak perut.

Jadi, bertukar kepada oatmeal bebas gula yang mengandungi jumlah serat yang sihat dan hampir tidak ada gula. Mengurangkan pengambilan gula pada waktu pagi dapat membantu kamu mengelakkan rasa letih pada waktu tengah malam.

3. Low-Fat Atau Full-Fat Yogurt

Ramai memilih yogurt tanpa lemak untuk sarapan pagi. Malangnya, ia sering mengandungi banyak gula untuk menambah rasa dan protein yang sedikit.

Kajian menunjukkan yogurt penuh lemak membantu menurunkan berat badan. Pengambilan protein pada waktu pagi dapat membantu kamu merasa kurang lapar pada siang hari, di mana itu ada dalam yogurt penuh lemak. Ambil yogurt penuh lemak tanpa gula.

4. Buah-Buahan Segar

Sebahagian besar jus buah yang kamu beli di pasaran mengandungi gula sama seperti minuman soda. Menjadikannya salah satu pilihan terburuk untuk sarapan. Ia juga tidak mengandungi serat.

Cari alternatif dengan makan buah biasa yang segar. Ini adalah kaedah yang baik untuk mengaktifkan sistem pencernaan kamu pada waktu pagi.

5. Say No To Frozen Pancakes, Waffles

 

Walaupun senang disediakan, tapi kebanyakan penkek dan wafel sejuk beku mengandungi karbohidrat halus. Ia tidak semestinya buruk, tetapi karbohidrat halus boleh membuat kamu merasa lapar pada siang hari. Ia juga mengandungi sedikit serat dan banyak lemak trans yang bahaya bagi kesihatan.

Daripada makan penkek atau wafel, gantikan dengan roti bakar penuh. Pastikan kamu memilih wholemeal dan bukannya roti putih.

Selamat Beramal!

Sumber: www.wanita .com