5 Cara Untuk Melawan Tekanan Sosial Mengejar Kemewahan

Tekanan sosial sering membuat kita berasa kekurangan atau ketinggalan. Sebagai manusia, perasaan ingin nampak hebat atau ‘updated’ sering melahirkan perasaan iri hati, adik adik di sekolah inginkan alatan dari Smiggles, para pemuda pemudi yang ingin membeli iPhone12 dan rakan rakan sekerja sudah pun menempah slot untuk PS5, tetapi adakah mengejar perkara sebegini penting?

MyCompass sediakan anda beberapa perkara yang penting untuk difikirkan sebelum membuat pembelian yang mungkin akan menyusahkan diri di masa hadapan.

1. Bolehkah anda hidup tanpa barang ini?

Benarkah barangan yang anda inin membeli itu terlalu penting? Adakah ia sekadar keperluan atau keinginan? Jika ia hanya keinginan kerana ciri-ciri yang hebat sehingga melangkaui kegunaan anda biasa guna, kemungkinan anda tidak memerlukan barangan tersebut.

2. Adakah barang ini akan menolong kerja/pebelajaran/rutin harian anda?

Jika ciri-ciri barangan tersebut dapat meningkatkan daya kerja dari tempoh masa dan kesenangan, serta menolong mengurangkan kekusutan minda, menjana kewangan, barangan tersebut akan menjadi sesuata aset yang penting. Jika hanya sekadar mahal dan cantik kerana aestetik ‘istimewa’ dan tidak menolong dalam rutin harian, fikirkan lah lagi sekali.

3. Mencari Alternatif mengikut kemampuan

Jika barang yang anda hendaki terlalu mahal, anda boleh mencari alternatif pada harga yang lain dengan membandingkan dengan produk yang berada di dalam kategori yang sama.

Tuliskan ciri-ciri yang penting dan anda mahukan di dalam produk tersebut dan bandingkan antara beberapa produk yang sesuai dengna kegunaan sekarang. Kebanyakan barangan adalah lebih mahal keranafungsi-fungsi extra yang anda tidak akan guna.

4. Usaha untuk mendapatkan sendiri

Jika anda benar mahukan barang tersebut, usaha untuk mendapatkan barang tersebut dari awal. Menyimpan wang dan mencari sumber kewangan yang cukup untuk menampung kos barang tersebut, terutama jika ia memakan kos walaupun setelak membeli nya, contoh, bil elektrik yuran pelangganan, penyelengeraan dan lain lain.

5. Bersyukur dengan apa yang ada

Jika anda sudah mempunyai barangan yang sama dan masih berfungsi dengan elok, malah mempunyi ciri-ciri yang hampir sama, gunakanlah selagi boleh asalkan ia tidak datangkan pelbagai kemudaratan kepada anda di jangka masa yang panjang.

Membeli barangan berlebihan juga turut akan menambahkan jumlah pembuangan sampah serta meluputkan sumber pembuatan dijangka panjang akibat ‘pengunaan sumber’ yang banyak lalu menaikkan lagi indeks pencemaran.