Suka Akan Kereta dan Motor? 7 Kerjaya sesuai Bagi Peminat Automotif!

Bidang automotif adalah salah satu sektor yang sentiasa berkembang maju mengikut perkembangan teknologi. Jika anda meminati bidang automotif iaitu kenderaan berenjin seperti kereta, motosikal atau bot dan ingin menceburi diri dalam bidang ini sebagai kerjaya, MyCompass telah menyenaraikan 7 kerjaya di dalam bidang automotif seperti berikut!

 

1. Mekanik

Membaiki dan memulih prestasi sesebuah kenderaan sebagai mekanik kenderaan. Sekiranya anda seorang penyelesai masalah dan mengetahui tentang enjin serta keseluruhan kenderaan, pertimbangkan untuk bekerja di pusat servis kenderaan atau bengkel pembaikan kereta. Jika berminat, anda boleh memperoleh ijazah atau sijil untuk menjadi juruteknik khusus untuk kereta kontinental atau pengeluar kenderaan tertentu untuk menarik penguna kenderaan yang disasarkan. Mana tahu satu hari anda dapat membuka bengkel anda sendiri?

Kursus: Kejuruteraan Mekanikal/Penyelengaraan Automotif
Tempoh: 4 tahun

 

2. Penulis/Wartawan Automotif

Thoriq Azmi, seorang journalis automotif pernah menulis untuk TopGear Malaysia dan kini Pengurus Media di Petronas SRT

Sama ada anda suka menulis atau menjadi sebahagian daripada pasukan media, peminat automotif dengan pengetahuan yang luas dan pandai menarik perhatian orang boleh menjadikan anda sebagai seorang wartawan atau penulis yang hebat. Sertailah blog automotif atau laman berita atas talian, atau cari jawatan sebagai pengulas media di saluran YouTube, saluran radio atau televisyen. Anda juga boleh mulakan sendiri dan lihat bagaimana karier ini membawa anda!

Kursus: Mass Communication
Tempoh: 3 tahun

 

3. Pemulihan dan Kustom Kenderaan

 

Ramai peminat kenderaan vintaj dan penguna yang ingin mengubah suai rupa kenderaan mereka mengikut cita rasa masing-masing. Sesetengah kereta harus diselengara dan dipulih kembali untuk kelihatan baru walaupun sudah berusia lebih dari satu atau dua dekad. Jika anda mempunyai bakat dalam memulih kembali sesebuah kenderaan serta kreativiti mencantikkan rupa dalam serta luaran kereta, ini adalah kerjaya yang paling sesuai dengan anda!

Kursus: Kejuruteraan Mekanikal dan Kemahiran Kreatif

Tempoh: 4 tahun

 

4. Pereka Automotif

Ingin menggunakan kemahiran melukis kejuruteraan anda untuk mereka model kendaraan baru? Atau gunakan pengiraan fizik untuk membuat prototaip yang berfungsi? Pengeluar kenderaan memerlukan pereka automotif untuk membantu menghasilkan produk mereka mengikut trend teknologi terkini. Bayangkan kesan pada masa depan dengan merancang model seterusnya yang memberi impak di dalam dunia automotif!

Kursus: Rekaan Automotif
Tempoh 4 Tahun

 

5. Pemandu

Suka memandu kereta? Anda boleh menjadi pemandu peribadi atau bebas (freelance)! Seorang pemandu harus mengetahui laluan pemanduan lebih awal untuk menentukan perjalanan yang paling sesuai, jemput pelanggan dari tempat serta pada waktu yang mereka minta dan hantarkan mereka dengan selamat. Anda boleh menggunakan kereta anda sendiri atau memandu kereta yang telah disediakan.

Kursus: Lesen Memandu
Tempoh: 6 bulan

 

6. Peniaga assesori kenderaan

Jika anda meminati perniagaan dan automotif, anda boleh menjadi pengedar assesori kenderaan dari rim, tayar, helmet, meter dan banyak lagi. Anda boleh menjual kepada bengkel, pusat servis atau pun terus kepada pemilik kenderaan tersebut. Anda harus tahu apakah assesori yang penting dan bagai mana ia digunakan kepada pembeli serta memberi alternatif kepada pilihan yang mereka suka mengikuti bajet dan prestasi assesori tersebut.

Kursus: Pengurusan Perniagaan
Tempoh: 3 tahun

7. Penjual Kereta

Pengedar kereta, adalah perniagaan yang menjual kereta baru atau terpaka berdasarkan kontrak pengedar dengan pembuat kereta atau anak syarikat penjualannya. Kerjaya ini mempunyai kenaikan pangkat yang lebih jelas mengikut prestasi kerja anda, tambahan jika anda pandai meyakinkan pembeli mengapa mereka sesuai dengan kenderaan tersebut.  Anda haruslah berupaya mengikuti perkembangan terkini dalam industri kenderaan bermotor dan mempunyai minat dalam bidang penjualan

Kursus: Pemasaran
Tempoh: 3 tahun