Semakan Keputusan Rayuan UPU Terkini

Bagi calon-calon yang gagal mendapat tawaran pada 3 hingga 10 Jun lepas, calon yang mengemukan rayuan boleh menyemak keputusan rayuan yang telah dikemukakan mulai 25 Jun 2020 jam 6.00 petang di laman web UPU.

Calon yang membuat permohonan rayuan akan ditawarkan kedudukan di kolej komuniti, politeknik premier, politeknik konvensional/METrO dan ILKA.

Calon calon juga boleh menyemak keputusan melalui aplikasi peranti pintar UPUPocket untuk menyemak status permohonan UPU di Google Play Store. Peranti ini juga mempunyai fungsi e-Panduan yang menyediakan syarat kemasukan ke institut tersenarai, Kalender Akademik untuk engingatkan tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline dan Aduan bagi calon memberi sebarang maklum balas.

Untuk informasi yang lebih lanjut,  calon pemohon boleh menelefon BKPA JPT di 03-8870 8200 atau meghantar e-mel kepada upu@moe.gov.my. Calon juga boleh mencuba layari media sosial rasmi UPU Facebook Kemasukan BPKP JPT), Twitter @TWT_UPU dan Instagram @KEMASUKANBPKP.

Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk tahun 2020. Kepada mereka yang tidak dapat, jangan putus asa dan mencuba lagi.