Ketahui ‘Trick’ Disebalik Wordle!

Wordle ialah permainan dalam talian percuma yang dicipta oleh pembangun perisian yang berpangkalan di Brooklyn, Josh Wardle. Pada mulanya permainan ini diciptakan untuk teman wanitanya yang suka permainan menyelesaikan teka-teki baharu setiap hari. Josh Wardle turut memperkenalkan permainan itu kepada rakan dan keluarganya. Sejak November, trafik harian ke tapak Wordle rasmi telah meningkat kepada kira-kira dua juta pemain setiap hari. Kini, Wordle juga memperluaskan permainannya kepada Bahasa Melayu berdasarkan kamus Dewan Bahasa dikenali sebagai Katapat.

Permainan ini bermula dengan lima petak kosong dan enam cubaan. Terdapat papan kekunci maya di bawah sebagai tempat anda menaip tekaan pertama lima huruf anda dan tekan ‘enter’ untuk menghantarkan jawapan. Untuk memudahkan pemain, Wordle mengehadkan jawapannya kepada satu set 2,315 patah perkataan, dengan meninggalkan perkataan yang dia anggap terlalu luar biasa. Kata imbuhan yang berakhir dengan -S juga dikecualikan.

 

Wordle telah menjadi sebuah game ringkas kegemaran ramai yang boleh dimainkan di browser telefon pintar atau PC. Jika anda belum bermain lagi, berhati-hati kerana anda mungkin akan ketagih dengan permainan perkataan ini! Dengan 6 percubaan sahaja, mampukah anda mencari perkataan 5 huruf yang betul? Ada ‘trick’ disebalik memainkan Wordle. Hari ini kami ingin berkongsi petua yang boleh digunakan untuk permainan ini mengikut Dr George Aaron Broadwell, seorang professor dalam Anthropologi dan Linguistik di University of Florida dan Christiane Fellbaum, profesor linguistik dan sains komputer Universiti Princeton. untuk memahaminya.

 

Kekerapan huruf

Mulakan ayat pertama anda dengan huruf yang kerap dipakai contoh ‘E A R I O T N S,”. Ramai ahli lingustik memainkan Wordle, dan strategi biasa diantara mereka ialah memilih tekaan awal yang merangkumi semua lima huruf yang paling kerap ini, seperti STONE, AROSE atau STORE.” Cara ini biasanya akan mendedahkan satu atau dua huruf yang betul, dan pemain boleh memulakan proses penghapusan untuk tekaan seterusnya.

Jika anda mengira kekerapan huruf dalam teks, anda akan mendapati bahawa huruf tertentu muncul lebih kerap daripada yang lain.

Mengetahui susunan kosonan dan vokal

Dengan memulakan huruf pertama dengan 2 konsonan, pasti akan membantu anda menggambarkan gabungan huruf vokal pada tekaan seterusnya. Mengenali urutan konsonan dan vokal paling kerap dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, jika C diandaikan sebagai huruf konsonan dan V huruf vokal, maka lima huruf itu boleh jadi CVCVC (cth. MERIT, MANOR), CCVCV (cth. STONE, CHOSE) atau VCCVC (cth. UPSET, ABBEY).

Setelah mengetahui huruf yang tidak terlibat, tekaan seterusnya ialah menyusun dan meneka huruf vowel manakah yang biasanya digabungkan antara satu sama lain, dan dalam susunan yang manakah — satu set peraturan yang dirujuk oleh ahli bahasa sebagai kekangan fonotaktik. “Walaupun mereka tidak pernah mendengar istilah itu, pemain mahir memahami konsep ini secara intuitif”, kata Christiane Fellbaum, profesor linguistik dan sains komputer Universiti Princeton.

 

Kami berharap tips ini dapat membantu anda bermain Wordle atau Katapat! Menarik bukan apabila lingustilk di jadikan permainan yang membuat otak kita lebih cerdas? Jika anda meminati untuk membangunkan permainan anda sendiri atau ingin mendalami lebih lagi ke dalam bidang lingustik, daftar bersama MyCompass dan terokai kebolehan anda.

 

Sumber: Inquirer, JomGaming, RD Asia