Kejuruteraan Audio: Adakah ia berkaitan dengan Muzik atau Sains Kejuruteraan?

Group of people at a sound mixer station

Kejuruteraan Audio (Audio Engineering) melibatkan pengawalan keluaran bunyian seperti menyesuaikan sumber suara menggunakan penyamaan, pemprosesan dinamik dan efek audio, pencampuran (mixxing), penyimbangan dan penambahan, dan pengukuhan (mastering).

Seorang jurutera audio membantu menghasilkan rakaman atau persembahan secara langsung supaya bunyi yang didengari oleh orang ramai sedap di telinga kita.

Kejuruteraan audio bukanlah ‘engineering’ sepenuhnya seperti jurutera namun ada beberapa ranting bidang ini yang memerlukan kejuruteraan yang lebih teknikal dan kompleks apabila melanjutkan pmbelajran kepada Masters atau Ph.D.

Gambar oleh Jonas Zürcher

Mestikah saya belajar matematik tambahan dan fizik?

Pengiraan matematik dan fizik adalah lebih diperlukan apabila anda ingin melanjutkan pembelajaran yang lebih spesifik seperti kejuruteraan akustik dan pementasan.

Konsep matematik yang biasanya terlibat adalah kekerapan nota bunyian, fasa isyarat, corak kutub, susunan Bessel, difraksi, gantungan susunan garis dan jarak kritikal, kemendapan frekuensi tinggi di udara atau kelewatan penyediaan. Mengira cara frekuensi berinteraksi dalam atau di luar fasa dapat menjelaskan perkara yang anda dengar, dan membantu anda menghadapinya dengan lebih baik.

Anda akan belajar juga beberapa matematik yang terlibat dalam pengiraan dalam bidang ini secara am bagi diploma atau ijazah mengikut modul institusi yang dipilih.

Perlukah saya mempunyai pengetahuan dalam teori muzik?

Teori muzik adalah bonus dan boleh menolong melonjakkan karier anda serta membuka peluang untuk mengambil ranting kerjaya yang lebih cenderung kepada pengubah lagu atau bunyian.

Anda tidak perlu mengetahui apa-apa mengenai teori muzik untuk menjadi jurutera bunyi, ramai jurutera bunyi tidak berkerja secara langsung dengan muzik.

Gambar oleh by John Hult

Apakah sahaja kerjaya yang boleh saya jadikan?

Terdapat banyak ranting kerjaya yang anda boleh ikuti apabila mendapatkan Diploma atau Ijazah Sarjana dari Kejuruteraan Audio.

Jika anda hebat dalam kompos atau mengubah lagu dan bunyian, anda boleh bekerja sebagai Pengubah Lagu Iklan atau Pengubah Lagu Komersil. Lagu-lagu yang anda cipta boleh dijual kepada artis rakaman, pihak pingiklanan, produser filem sebagai bunyi latar.

Anda boleh bekerja sebagai jurutera studio di mana anda menolong mengendali rakaman serta pengudaraan seperti di stesen radio atau studio rakaman muzik.

Jika anda telah berkerjasama menghasilkan sesebuah lagu, anda berhak mendapat bagian dari royalti “Rakaman Suara” / “Master” yang dihasilkan dari aliran rakaman digital. Hak “Master” biasanya milik artis, label, studio rakaman, dan pihak lain yang dengan turut membantu proses rakaman / manipulasi bunyian.

Anda juga boleh bekerja sebagai juruteknik bunyi persembahan jika anda meminati ‘event’ atau persembahan secara langsung, anda turut berpeluang untuk mengembara ke merata tempat mengikuti lokasi persembahan. Anda perlu mengetahui bagaimana untuk menyediakan instrumen muzik dan mengendali akustik bunyian yang dikeluarkan ke atas pentas dan juga kepada penonton.

Jika anda meminati akan fizik bunyian, anda boleh berkerja sebagai jurutera pengualaran bunyi di institut penyelidikan atau syarikat instrumen muzik biarpun perisian muzik.

Sumber: wealthysound.com,