Hala Tuju Penjejak Perakaunan

 

AKAUNTAN ialah antara jawatan utama di setiap syarikat sama ada kecil mahupun bertaraf multinasional, dan berperanan penting memastikan perancangan kewangan organisasi dilaksanakan dengan baik.

Profesion itu menuntut kemahiran dalam ilmu matematik, selain kemampuan menganalisa dan membanding fakta serta nombor untuk membuat keputusan kukuh berdasarkan pengetahuan akauntan terbabit.

Pembabitan dalam bidang perakaunan juga memerlukan minat, fokus dan kemahiran berkomunikasi kerana melakukan tugasan luar serta berurusan dengan orang ramai.

Kelebihan Ahli Perakaunan

Semua sektor memerlukan tenaga akauntan, termasuk perniagaan, perkhidmatan, pembinaan dan pertanian yang dikomersialkan, untuk melaksanakan tugas simpan kira wang serta mengendalikan prestasi syarikat melalui tugasan di dalam mahupun luar organisasi.

Akauntan bukan hanya bertugas di dalam syarikat tetapi juga melakukan kerja luar seperti menguruskan hal berkaitan penyata kewangan untuk pemegang taruh.

Seperkara menarik, mereka yang memiliki ilmu perakaunan secara langsung ada kelebihan dalam pengendalian kewangan perniagaannya jika membuka bisnes sendiri, termasuk dari segi pengiraan gaji, keuntungan dan kerugian.

 

UA/IPTA/IPTS yang Menawarkan Bidang Perakaunan

Penantian keputusan peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) kini berakhir bagi semua calon lepasan SPM. Kini tiba masanya para penjejak perakaunan untuk memilih dan menentukan universiti awam, institut pengajian tinggi awam atau institut pengajian tinggi swasta yang menjadi destinasi untuk meneruskan pembelajaran diperingkat asasi ataupun diploma.

Berikut merupakan senarai institut pengajian tinggi yang menawarkan jurusan perakaunan kepada para lepasan SPM.

Universiti Awam/ Institut Pengajian Tinggi Awam

  1. Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM) Bangi Selangor

2. Universiti Putra Malaysia, (UPM) Serdang

  1. Universiti Teknologi Mara (UITM)

UITM Jengka, Pahang

UITM Terengganu

UITM Arau, Perlis

UITM Seri Iskandar, Perak

UITM Melaka

UITM Machang, Kelantan

UITM Kedah

UITM Johor

UITM Sarawak

 

  1. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
  2. Universiti Zainal Abidin (UNIZA),Terangganu
  3. Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS)
  4. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  5. Universiti Islam Antarabangsa (USIM)
  6. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia(UTHM), Johor

 

  1. Kolej Matrikulasi

Kolej Matrikulasi Labuan

Kolej Matrikulasi Sarawak

Kolej Matrikulasi Kelantan

Kolej Matrikulasi Selangor

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Kolej Matrikulasi Perak

Kolej Matrikulasi Kedah

Kolej Matrikulasi Johor

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Kolej Matrikulasi Pahang

Kolej Matrikulasi Terknikal Pahang

Kolej Matrikulasi Johor

Kolej Matrikulasi MARA Kuala Nerang

  1. Politeknik Seberang Perai

 

Institut Pengajian Tinggi Swasta

 

  1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor
  2. Adorna Institute Of Technology (AIT), Penang
  3. Brickfields College,Wilayah Perseketuan KL
  4. Institut Teknologi Pertama (ITP),Kuala Lumpur
  5. Inti College (Sabah, and Kuala Lumpur)
  6. Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL)
  7. L & G – Twintech Institute of Technology
  8. Sepang Institute of Technology (SIT)
  9. Kolej Tunku Abdul Rahman(UTAR)
  10. Limkokwing Universiti

 

Peluang belajar adalah sangat luas, pilihlah mengikut kecenderungan, minat dan peluang kerja di masa akan datang!