Adakah Kerja Dalam Bidang Kreatif Merupakan ‘Graphic Designer’?

Wah banyaknya skop kerja sebagai Pereka Grafik(Graphic Designer)! Mereka harus mempunyai kemahiran dalam media sosial, mempunyai kemahiran dalam mengedit video, mempunyai fikiran yang kreatif dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya, ramai yang mempunyai tanggapan yang salah bahawa bekerja dalam bidang kreatif di label sebagai Graphic Designer.

Mari kita mengenali kerja-kerja dalam bidang kreatif supaya kita lebih berpengetahuan tentang apakah skop pekerjaan bagi bidang kreatif ini pada ‘Entry Level.

Pereka Grafik(Graphic Designer)

Skop kerja:

  • Mempunyai kemahiran dan idea yang kreatif dalam mereka visual grafik yang menarik.
  • Mempunyai idea yang kreatif dalam mereka logo.
  • Mempunyai kemahiran mengubah suai gambar lebih jelas. 
  • Mempunyai kemahiran dalam menggunakan Graphic Design software/tools.
  • Mengikut visual konsep berdasarkan keperluan.

Contoh software/tools : Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Gravit Designer.

Kursus/bidang : Pereka Grafik(Graphic Design), Multimedia, Seni / Reka Bentuk Kreatif(Arts/Creative Design).

Pemasaran Digital(Digital Marketing)

Skop kerja:

  • Memberi idea untuk content di media sosial, membuat pengiklanan secara tidak langsung.
  • Membuat dan mengurus content media sosial.
  • Mempunyai kefahaman tentang produk syarikat, pengiklanan di media sosial dan laman web(Website) dan mempunyai penglibatan(engagement) dengan pelanggan.
  • Menjalankan, mengumpulkan dan menganalisis penyelidikan pasaran untuk menentukan peluang dan daya saing di media sosial.
  • Bertanggungjawab untuk membuat, menyelidik dan memantau kempen pengiklanan.

Contoh software/tools : Mailchimp, Facebook for business, any digital marketing tools.

Kursus/bidang : Marketing/MassComm, Advertising/Media, Digital Marketing.

Penyunting Video(Video editor)

Skop kerja:

  • Menyediakan storyboard untuk mengambil video.
  • Mengambil video dan menyunting video.
  • Manipulasi rakaman video menggunakan teknik penyunting video dengan baik.
  • Mempunyai fikiran yang kreatif untuk menghasilkan video yang menarik.

Contoh software/tools Adobe Premier, Adobe After Effect, Final Cut.

Kursus/bidang :  Multimedia, Production, Arts/Creative Design.

Pereka Laman Web (Web designer)

Skop kerja:

  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam prinsip UI/UX laman web.
  • Memastikan UI and UX laman web adalah mesra pengguna(userfriendly).
  • Mengoptimumkan reka bentuk fungsi laman web.
  • Mereka, menjaga dan menukar kandungan laman web.
  • Memastikan laman web sentiasa beroperasi(run) dengan lancar.

Contoh software/tools : Dreamweaver, Notepad, Adobe Dreamweaver CC, Wix.

Kursus: Information Technology, Web Design.

Terdapat pelbagai skop pekerjaan dalam bidang kreatif ini dan tidak fokus hanya kepada Graphic Design. Selain itu, skop dalam bidang ini sangat meluas dan tidak terhad untuk seseorang untuk menceburi dan mencuba dalam bidang ini kerana terdapat banyak open-sources softare/tools yang telah disediakan. Oleh itu, terpulang juga kepada individu yang ingin menceburi bidang yang diminati.