6 Haiwan Purba Yang Masih Berjalan Dengan Kita Sekarang!

Teringin jumpa dinosaur dan spesis haiwan purba lain yang masih hidup? Tak payah ke muzium, kadang-kadang spesis ini ada sahaja disekliling rumah kita! Dengan teknologi arkeologi dan sains, para saintis keliling dunia dapat mengkaji bagaimana haiwan yang berada dengan kita sekarang mempunyai darah talian dengan spesis lain yang sudah lama pupus.

 

Ayam

Tyrannosaurus rex adalah salah satu haiwan terbesar dan paling menakutkan yang pernah berjalan di atas muka bumi. Ternyata raja dinosaur ini yang sering membintangi hampir segala cerita berdasarkan zaman jurasik sebenarnya berkongsi DNA dengan ayam!

DNA Tyrannosaurus Rex berusia 68 juta tahun dibandingkan dengan DNA 21 spesies haiwan moden dan dari analisis yang dilakukan penyelidik mendapati bahawa ayam adalah yang paling dekat. Malah ada juga kajian mengatakan T. Rex sebenarnya mempunyai bulu seperti burung dari bersisik seperti buaya. Agak agak, adakah daging T.Rex juga berasa seperti ayam?

 

Ikan Yu

Ikan yu terawal pertama kali muncul sekitar 450 juta tahun yang lalu, di mana ikan yu moden pertama kali muncul sekitar 100 juta tahun yang lalu. Pemangsa terbesar sepanjang masa di dalam laut adalah adalah seekor yu bernama Megalodon yang hidup sejurus dinosaur, 23 juta tahun yang lalu, dan hanya pupus 2.6 juta tahun yang lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=fYpn2u2Wag4&ab_channel=DiscoveryChannelSoutheastAsia

Kini ikan yu yang paling ‘tua’ dan berkait dengan yu dari zaman jurasik adalah ikan yu goblin adalah satu-satunya wakil keluarga kumpulan spesis Mitsukurinidae yang masih ada, keturunan yang berusia sekitar 125 juta tahun. Spesis ini juga baru dijumpai kerana ia hidup di lantai lautan yang hidup sedalam beberapa ratus meter yang sejuk dan gelap tanpa cahaya dan haba dari matahari.

 

Babirusa

Babirusa kelihatan seperti kacukan khinzir dan rusa, ia sebenarnya adalah spesis khinzir yang mempunyai tanduk, babirusa jantan mempunyai taring raksasa yang tumbuh dari moncongnya dan melengkung ke kepala mereka. Jika taring di moncongnya tidak dicentang, lama kelamaan taringnya dapat menembus dahi mereka. Gading babirusa yang lebih rendah tumbuh ke atas dari muncungnya juga.

Babirusa hidup cukup lama untuk muncul di lukisan gua Indonesia sekitar 35.000 tahun yang lalu. Hari ini, terdapat beberapa pengusaha pelancongan yang menawarkan safari menonton babirusa di Hutan Nantu dan Cagar Alam Tangkoko di Indonesia.

Sumber: nature.ca,

 

Beruang Kutub

Pada tahun 2010, saintis mengkaji tulang rahang beruang kutub fosil yang terdapat di Artik Norway dapat mengetahui bahawa haiwan itu hidup sekitar 130.000 tahun yang lalu. Haiwan ini telah berkeliaran di Kutub Utara sejak sekurang-kurangnya pada waktu itu.

Sebuah lukisan dua beruang di dinding dalam sebuah gua Paleolitik Ekain berhampiran pantai utara Sepanyol menggambarkan beruang kutub muda yang mendarat di pantai sekitar 17 000 hingga 12 000 tahun yang lalu. Fosil yang ditemui kemudian, berusia antara 11 000 hingga 8 000 tahun, berasal dari Scandinavia dan Rusia. Penduduk awal di sebuah kawasan Mesolitik di Pulau Zhokov di Siberia sangat bergantung pada beruang kutub untuk hidup terbukti dengan jelas.

 

Lipas

Lipas berjaya melalui antara zaman Permian dan Triassic – sehingga hari ini! Lipas adalah salah satu spesies yang paling dominan selama zaman Carboniferous (Karbon) sekitar 360 juta tahun atau 112 juta tahun sebelum dinosaur.

Saiz lipas zaman dahulu sekitar dua kali lebih besar dari bentuknya sekarang. Lipas mempunyai sifat untuk menyesuaikan diri dengan perubahan di sekitar mereka sejak azali, bahkan sekarang mereka berkembang menjadi lebih toleransi terhadap racun perosak untuk terus hidup. Bolehkah anda bayangkan lipas sebesar itu terbang di dalam rumah anda?

 

Nautilus


Haiwan yang kelihatan seperti makhluk asing ini adalah antara spesis yang tertua di dunia, juga dikenali sebagai fosil hidup. Fosil haiwan ini telah dijumpai sejak 500 juta tahun lalu dan mereka masih kelihatan sama seperti keturunan hari ini. Disebabkan kadar pembesaran yang lambat dan keupayaan untuk hidup beratus tahun, spesis ini berjaya meredah perubahan muka bumi walaupun berjuta tahun. Kini anda boleh membela seekor fosil hidup di dalam akuarium anda.

Hebat bukan ciptaan tuhan? Jika anda berminat dengan kehidupan lautan anda boleh lagi mendalami kehidupan marin dengan menceburi bidang biologi lautan, atau jika anda suka mencari penemuan baru anda boleh menceburi bidang arkeologi dan paleontologi.