5 Subjek di dalam Multimedia Kreatif Yang Menarik dan Dikehendaki Dalam Pasaran

Creative Multimedia (multimedia kreatif) adalah salah satu kursus yang merangkumi pelbagai aspek media-media digital yang kerap digunakan sebagai keperluan dan hiburan hidup kita. Subjek-subjek di dalam kreatif multimedia kini merupakan asas di dalam kategori tersendiri mempunyai permintaan yang tinggi di dalam pasaran sejajar dengan kemajuan teknologi. Di dalam kursus ini, anda akan belajar pelbagai media interaktif yang berkait, disebabkan kursus ini agak luas, pelajar boleh ‘major’ dalam salah satu bidang yang dipelajari di dalam kursus ini dan jadikan ia sebagai kerjaya.

 

1. Lukisan 2D dan Animasi


Animasi 2D menyampaikan cerita atau mesej dengan menjadikan watak, objek dan latar belakang yang bergerak dalam persekitaran dua dimensi. Animasi 2D adalah salah satu jenis animasi yang digunakan secara meluas sebagai contoh, membuat filem animasi, kartun, video pemasaran, iklan, persembahan korporat, bahan pendidikan, permainan video, dan banyak lagi.

Pelajar akan belajar untuk menggunakan Photoshop, Animate dan perisian animasi yang berlatarkan 2D. Selain itu, pelajar juga harus belajar asas animasi seperti rekaan karakter dan latar belakang, prinsip pergerakan  dan sebagainya.

Kerjaya : Animator, In-betweener,  artis konsep, pereka karakter dan persekitaran

 

2. Rekaan 3D  dan Animasi

Model 3D digunakan untuk berbagai media termasuk permainan video, filem, seni bina, ilustrasi, kejuruteraan, dan pengiklanan. Proses pemodelan 3D menghasilkan objek digital yang dapat dianimasikan sepenuhnya, menjadikannya proses penting untuk animasi watak dan efek visual. Pelajar akan menggunakan perisian 3D seperti Autodesk Maya atau 3dsMax, zBrush, Blender dan pelbagai lagi.

Rekaan 3D bukan sahaja membuat bentuk organik dan geomtri, malah cara penggunaan pengcahyaan, tekstur serta animasi membuat ia kelihatan lebih menarik sama ada secara realistik atau artistik.

Kerjaya: pengcahayaan, Animator, pereka model 3d, kompositor, penyuai fizik dan tekstur

 

3. Rekaan Laman Web

Rekaan laman web merangkumi merancang dan membina paparan muka, navigasi dan estatik laman web untuk perniagaan dan pelanggan. Belajar mengekod HTML adalah bahagian asas dan terpenting dalam kursus ini serta, alat pengaturcaraan asas yang lain serta bahasa skrip seperti CSS dan Javascript.

Belajar membuat reka bentuk laman web langkah pertama untuk mengetahui cara memina sebuah laman web, semakin kita maju ke arah teknologi baru, terdapat lebih banyak bahagian yang lebih dalam untuk dipelajari lalu laman web yang tidak mempunyai had untuk pelbagai kemungkinan seperti mana dibayangkan.

Kerjaya: Pereka laman web, UI/UX designer, pembangun laman web

 

4. Penyuntingan Video dan VFX

Penyuntingan video menyunting dan menysusun video rakaman serta menguruskan bahan rakaman, dialog, kesan bunyi, grafik dan kesan khas (VFX) untuk menghasilkan produk filem atau video mengikut citarasa dan konsep tertentu. Penyuntingan video menggunakan perisian seperti Final Cut, Adobe After Effect dan Premiere, NukeX dan pelbagai lagi perisian yang lain untuk edit bunyian serta intergrasi 3D mengiringi penyuntingan ini . Penyuntingan video penting untuk menghasilkan video yang menyejukkan mata untuk ditonton kepada sasaran pasaran penonton apabila ia diutarakan.

Sebuah video yang mempunyai efek khas dan elemen 3D memerlukan tenaga pekerja yang lebih ramai kerana setiap bahagian yang digunakan memerlukan kemahiran yang berbeza dan memakan masa walaupun ia kelihatan seperti ‘sama’. Penyuntingan video adalah antara pekerjaan terpenting dalam industri filem kerana ia menyumbang kepada hiburan dan pendidikan, malah sentiasa diminta dalam pasaran.

Kerjaya: Penyunting, kompositor, pakar efek khas, pakar simulasi kesan/partikel, rotoskopis

 

5. Rekaan Interaktif Intergrasi (VR dan AR)

Rekaan interaktif berintergrasi seperti Virtual Reality (VR) dan Augemented Reality (AR) semakin popular dalam industri hiburan, pendidikan serta dunia seni bina. VR dan AR memprojek sebuah rekaan bentuk 3d imersif di dalam masa nyata yang boleh dilihat dari setiap sudut. Untuk menjadi jurutera VR / AR, anda memerlukan latar belakang pengekodan yang kuat dan rekaan model 3d. Antara perisian digunakan adalah perisian 3d dan perisian VR/AR seperti Unity, Unreal, ARkit dan pelbagai lagi.

Dengan menggunakan AR/VR, seseorang dapat merasai serta mendapat pengalaman intergrasi 3d ke dunia nyata lalu memberi gambaran bagaimana sebuah objek yang diprojek tersebut akan kelihatan walaupun ia hanya wujud di dunia maya.

Kerjaya: Environment artist, visual effects artist, interactive simulation engineer, software engineer

 

Adakah anda mendapati subjek subjek kreatif multmedia ini menarik? Jika ya, jangan lupa untuk mengenali lebih tentang subjek kursus ini serta karier dari kursus tersebut bersama MyCompass. Jika anda masih ragu-ragu, daftarkan akaun bersama MyCompass dan terokai potensi anda!