3 Kaedah Pembelajaran Cara Pantas dan Berkesan.

Ramai dalam kalangan kita terutamanya para pelajar memberi pelbagai alasan apabila disuruh untuk belajar. Malas, tak ada mood, mengantuk dan pelbagai lagi alasan yang diberikan untuk mengelakkan diri daripada belajar.

Banyak perkongsian tentang kaedah-kaedah serta teknik belajar yang efektif. Tiga kaedah yang dikongsikan ini merupakan teknik yang mudah untuk sesiapa sahaja cuba untuk mempraktikkan.

1)   Tiru (Tapi jangan tipu).

  • Beli buku, untuk dibaca. Banyak yang boleh ditiru dari buku itu. Adakan masa untuk membaca buku yang telah dibeli. Tidak terhad pada buku, termasuk bahan-bahan media lain, seperti DVD, Internet dan sebagainya.
  •  Jika hendak menyanyi atau melukis dengan baik, contohi seorang yang anda kenal untuk ditiru cara-caranya.  Jika ada seorang penyanyi yang anda rasa hebat dan kagumi, tiru cara dia berpakaian, perawakannya, riak wajahnya, penyampaiannya, perasaannya dan sebagainya. Jangan risau, tiru sahaja dan lihat perkembangan pada diri anda.

2)  Amalkan Kerap Kali.

Seperti belakang parang yang tumpul, jika kita kerap asah, insyAllah akan menjadi tajam. Perbezaan seseorang biasa dengan yang “pakar” bukan sahaja kepada ijazah dan ilmunya. Ia juga kerana “kepakaran” tersebut datangnya dari, ilmu pengetahuan atau perbuatan yang sering digunakan, dengan tumpuan jitu dan meningkatkan nilai dan mutunya setiap kali dimanafaatkan.

3)  Berkongsi Amalan.

Bila kita selalu atau kerap berkongsi ilmu, insyAllah, ilmu tersebut akan menjadi sebati dalam diri kita. Setiap kali kita berkongsi ilmu dan amalan kita itu, berkemungkinan besar, kita akan mendapat hidayah, petunjuk, pemahaman dan pandangan yang berbeza dan bermanafaat pada diri kita sendiri.

Pengalaman saya sendiri, bila saya dapat berkongsi ilmu tanpa batasan, terdapat penambahan kefahaman atau perspektif berlainan muncul di dalam minda saya. Secara automatik, ilmu saya bertambah, dan saya dapat melihat dari sudut berbeza sesuatu pandangan atau kefahaman yang lebih matang.

Semoga segala ilmu dan rezeki kita bersama.