Seramai 407,097 calon menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dari 2 hingga 29 Mac ini.
Kementerian Pendidikan melantik 50,514 pengawas peperiksaan di 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon diingatkan untuk membawa bersama kad pengenalan dan slip peperiksaan. Calon-calon juga diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard yang dituliskan dalam Garis Panduan Pengurusan Penilaian Pusat dan Peperiksaan Awam.
ARAHAN TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN
Sebelum peperiksaan dimulakan, calon hendaklah:
- Menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
- Memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap.
- Membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.
AMARAN DI DEWAN PEPERIKSAAN
Calon adalah tidak dibenarkan untuk:
- Melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan.
- Keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas Peperiksaan.
- Mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- Memakai pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata.
- Merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
- Membawa keluar dari dewan/bilik peperiksaan kertas peperiksaan sebelum peperiksaan tamat.
Kementerian juga ingin mengingatkan calon supaya merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh dimuat turun dari www.lp.moe.gov.my atau portalmalaysia.com.
Sumber: MSN Malaysia UPUonline, HelloKerja