Ini adalah topik mengenai apakah perkara yang majikan inginkan daripada calon yang ditemuduga.
Baru baru ini pihak “Society For Human Resource Management” ada membuat satu seminar yang bertemakan “Talent Acquisition: Creating Your Organization’s Strategy” dan apa yang dibincangkan ialah tentang persediaan calon temuduga untuk pergi ke sesi temuduga. Mereka tekankan mengenai perkara yang majikan inginkan sekarang.
Sepanjang seminar tersebut, mereka juga membincangkan tentang bagaimanakah majikan akan membuat persediaan untuk sesi temuduga. Malahan, calon juga perlu membuat persiapan untuk ditemuduga.
Terdapat beberapa isu yang menceritakan tentang segelintir calon yang langsung tidak bersedia untuk menghadapi sesi temuduga. Perkara ini terjadi kerana mereka sendiri tiada idea apa yang majikan mahukan daripada calon itu sendiri.
Sebagai ringkasan, ini merupakan senarai antara apa yang majikan inginkan sebenarnya daripada calon temuduga:
1. Resume Yang Ringkas dan Padat
Sebenarnya perkara ini sudah banyak dijelaskan oleh banyak pihak yang telah mengajar cara untuk membuat resume dengan tepat. Resume cumalah cara anda menceritakan siapa dan apa pengalaman anda secara ringkas.
Sekiranya anda merupakan calon yang baru nak bermula kerja, jadi resume yang mempunyai satu muka surat sahaja pun sudah memadai.
Jika anda ingin mengembangkan lagi kareer anda, anda juga perlu bijak untuk meringkaskan lagi tentang pencapaian anda dalam resume tersebut.
2. Cover Letter Merupakan Bonus!
Ada yang cakap cover letter sebenarnya kedengaran seperti lapuk dan tak laku, padahal, cover letter lah yang membantu calon untuk menerangkan apa-apa info yang tak ada di dalam resume mereka.
Contohnya, jangkaan untuk gaji, sebab anda ingin menukar kerja ataupun ceritakan bagaimana anda berasa sangat teruja untuk bekerja dalam organisasi tersebut. Inilah perkara yang majikan inginkan daripada anda. Mereka ingin tahu semangat dan minat anda sendiri.
3. Buat Research Tentang Company
Baca tentang mereka daripada blog atau website. Paling tidak pun, apa yang syarikat tersebut buat. Contohnya adakah mereka menjual produk ataupun menyediakan servis?
Apakah yang mereka hasilkan? Adakah mereka mempunyai banyak anak syarikat atau branch lain?
Memanglah tak akan ada siapa pun yang akan suruh calon tersebut untuk tahu semua benda tetapi sekurang kurangnya tahu perkara yang asas dan penting.
4. Faham Tentang Kerja Tersebut
Baca semula job description tersebut supaya jelas. Buat sedikit ulangkaji di internet dan tengok apa yang dikatakan.
Kadangkala apa yang difahami sebenarnya lain dari yang sebenarnya mengikut kefahaman syarikat itu sendiri. Tetapi dengan cara anda dah tahu serba sedikit tentang kerja yang anda akan anda lalui ini akan menunjukkan yang anda minat dengan jawatan tersebut.
5. Kaitkan Pengalaman Anda Dengan Kerja dan Organisasi Tersebut
Tidak salah untuk anda bekerja dalam skop kerja yang lain sebelum ini. Jika begitu, anda perlu bersedia untuk ceritakan serba sedikit tentang kerja anda yang lepas.
Fikirkan skills yang boleh dikaitkan. Majikan anda ingin tahu jika skills yang anda ada berguna ataupun tidak untuk mereka.