Makanan Sesuai Untuk Membantu Tangani Stress

You are what you eat‘…

Pepatah di atas jelas menunjukkan bahawa pemakanan kita akan mempengaruhi keadaan badan kita dari segi mental dan fizikal. Makanan yang tidak berkhasiat juga sebenarnya boleh menjadi punca stres.

Stres atau tekanan dalam kehidupan seharian kita ni sebenarnya bukan lah perkara yang boleh diambil ringan. Kalau dibiarkan ia berlarutan, besar kemungkinan akan mengakibatkan keadaan diri kita bertambah teruk ataupun datangnya penyakit-penyakit lain yang tak diingini.

Ayuh bantu diri mengatasi stress dengan mengamalkan pemakanan bermanfaat.

1. Coklat

  • Makanan yang ideal
  • Rasa yang sedap dan enak
  • Kaya dengan nutrisi tambahan yang memulihkan tenaga
  • Mampu mengeluarkan hormon endorfin ke dalam otak untuk merangsang emosi gembira.
  • Dark Chocolate merupakan jenis coklat yang terbaik kerana kandungan gula yang rendah.

Bagaimanapun, jangan ambil coklat secara berlebihan kerana ia boleh mengundang risiko kesihatan yang lain seperti berat badan berlebihan.

2.Kekacang (badam, pistachio dan kacang walnut)

  • Kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, Magnesium dan Zink
  • Vitamin B2 membantu dalam mengeluarkan hormon serotonin yang berfungsi untuk membuat kita rasa gembira.
  • Zink pula adalah antara komponen yang diperlukan untuk melawan stress
  • Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stress seperti penyakit jantung.

3.Susu

  • Susu adalah minuman yang kaya dengan antioksidan
  • Mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan unsur-unsur berkaitan stress dalam badan.
  • Satu kajian mendapati susu penuh dengan kebaikan Vitamin D yang mampu untuk mengurangkan simptom keresahan dan kemurungan.

Amalkan pengambilan susu dalam diet seharian dan minumlah susu sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

4.Bijirin (roti, bijirin sarapan pagi (cereal), beras perang dan oat)

  • Dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.
  • Karbohidrat kompleks yang meransang pengeluaran hormon serotonin

5. Makanan Laut (ikan salmon, mackerel dan sardin, serta ikan air tawar)

  • Sumber makanan yang tinggi dengan Omega-3.
  • Membantu menstabilkan stress dengan mengurangkan kadar adrenalin dan kortisol dalam badan

6. Buah-buahan & Sayur-sayuran

  • Sumber pemakanan yang sihat
  • Vitamin C dan Vitamin E dapat membantu mengurangkan kesan stres dalam badan.
  • Antioksidan yang tinggi ini membantu menghasilkan dopamin yang berfungsi untuk menajamkan tumpuan, memori serta membaiki mood seseorang.
  • Sumber Vitamin C yang baik adalah seperti jambu batu, brokoli dan buah oren.
  • Vitamin E yang baik adalah seperti buah betik, sayur bayam dan buah zaitun.

Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat agar kesihatan diri anda samaada dari segi fizikal atau mental akan lebih terjamin.