Terapi Genetik: Merawat Segala Penyakit atau Bermain Tuhan?

Terapi genetik adalah teknik eksperimen yang menggunakan genetik (gen) untuk merawat atau mencegah penyakit dengan memasukkan gen ke dalam sel pesakit dan tanpa menggunakan ubat atau pembedahan.

Prosidur ini memasukkan satu atau lebih gen pembetulan yang telah dirancang atau reka di makmal, ke dalam bahan genetik sel pesakit untuk menyembuhkan penyakit-penyakit genetik dengan mengubah turutan DNA atay RNA seseorang, tidak kira tua atau muda.

Setiap manusia mempunyai 20,000 sehingga 25,000 gen dan kebanyakan orang mempunyai dua set untuk setiap genetik yang telah diturunkan oleh ibu dan lagi satu set dari bapa. Kadang-kadang kita juga mewarisi genetik mutasi dari ibu atau bapa yang menyebabkan kecacatan atau penyakit.

Terapi gen terbahagi kepada dua iaitu Terapi Sel Somatik dan Terapi Grimline.

Terapi Sel Somatik hanya menukar DNA penerima terapi dan tidak mempengaruhi genetik DNA keturunan, contoh, jika penerima mempuyai anak terapi itu tidak akan mempengaruhi struktur DNA anak tersebut.

Terapi Grimline pula melibatkan penggabungan gen yang di ubah suai ke dalam game sperma atau ovum, secara kekal menukar struktur DNA penerima dan akan mempengaruhi struktur DNA keturunan penerima.  Terapi ini diharamkan di banyak negara kerana masalah etika dan teknikal yang membimbangkan.

Terapi ini mengambil masa yang lama untuk berjaya dan selamat digunakan sebagai rawatan kepada pelbagai penyakit seperti kanser HIV diabetes dan banyak lagi. Sebanyak 20 produk terapi gen telah diluluskan dan lebih daripada 2000 ujian klinikal terapi gen manusia telah dilaporkan di seluruh dunia.

Namun kos terapi gen amatlah tinggi dan ramai tidak mampu untuk menggunakan kaedah ini sebagai rawatan. Terapi gen berharga RM 1,500,000 ringgit ke atas, pada masa sekarang Malaysia hanya mempunyai Terapi Gen untuk merawat kanser.

Topik terapi genetik menjadi amat kontroversi bagi sesetengah pihak terutama di kalangan orang ramai. Ramai yang memandang mengubah, mengedit atau menukar struktur DNA sebagai sebuah perbuatan yang melampaui batas kerana mengubah ciptaan tuhan dan kemungkinan memberi impak besar kepada evolusi manusia untuk generasi yang akan datang.  Ada yang melihat kaedah ini hanya memihak kepada mereka yang sudah kaya raya dan berkuasa untuk terus menggunakan kaedah ini untuk mempertingkatkan keupayaan diri lebih dari golongan orang ramai. Namun ramai yang menyokong terapi gen sebagai sebuah usaha yang membolehkan merawat pesakit dari penyakit atau kecacatan teruk yang mampu mengubah hidup.

Sumber: news-medical.net, npra.gov.my, frontiersin.org